Monday, January 4, 2010

MAPIM lancar kumpul tandatangan sejuta umat

MAPIM lancar kumpul tandatangan sejuta umat

4 01 2010

Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini melancarkan kempen kumpul tandatangan sejuta umat Islam untuk membantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald-Catholik Weekly yang dilulus oleh Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur.

Tujuan kempen ini adalah untuk mendesak pihak pemimpin agama Katolik di negara ini agar tidak meneruskan niat menggunakan kalimah Allah dalam majalahnya kerana ia akan mencetuskan kemarahan dikalangan umat Islam.

Penggunaan kalimah Allah dengan maksud lain dari yang sudah muktamad dalam Islam adalah suatu penghinaan kepada agama Islam dan umatnya.

Kempen kumpul tandatangan ini berserta memorandum yang disediakan oleh MAPIM akan dihantar kepada semua Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri.

MAPIM mahu supaya isu ini segera diselesaikan dengan mengambilkira prinsip kebenaran Allah yang Maha Esa tidak boleh dikompromikan dengan maksud Tuhan oleh mana-mana agama lain dan dengan itu keharmonian kehidupan antara agama di negara ini dapat dipelihara.

MAPIM merancang kempen kumpul sejuta tandatangan umat Islam ini dalam tempoh sesingkat mungkin bermula dari hari ini akan menegaskan sikap umat Islam dan meningkatkan kesatuan umat berlandaskan kebenaran Islam di Malaysia.

Klik di sini untuk mendapatkan surat tersebut :

MEMORANDUM SEJUTA UMAT – MAPIM

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agung MAPIM

No comments:

Post a Comment