Monday, January 25, 2010

RESPON Cikgu Azmi TERHADAP SOALAN EMAIL DARI WARTAWAN MALAYSIAKINI Nigel Aw


ISU KALIMAH ALLAH
17HB JANUARI 2010
(1) Berlaku percanggahan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah di kalangan beberapa kumpulan umat Islam di negara, apa pendirian encik/Dr/ustaz?
Pada hakikatnya tiada percanggahan. Semua kumpulan Islam bersatu dalam penegasan Allah itu adalah Tuhan Yang Esa. Semua bertegas bahawa tiada makna Allah yang lain dari Islam yang boleh diterima. Semua bersetuju bahawa ini adalah isu yang menyentuh soal aqidah yang tidak boleh dikompromi samasekali , Nama Allah itu bukan istilah generik tetapi istilah khas yang bermaksud Tuhan yang Esa yang tidak boleh disamakan atau dikaitkan dengan mana-mana makhluq. Semua kumpulan Islam bersepakat dalam hal ini.Perbezaan hanya dalam isu melihat penggunaan kalimah Allah dalam konteks realiti Malaysia yang majoriti umat Islam. Penggunaannya lebih banyak mengelirukan , boleh mencetuskan pertelingkahan yang merugikan keharmonian antara penganut beragama dinegara ini.
2) Ada pihak mencadangkan orang Kristian wajar menggunakan ‘Allah’ secara lisan (dalam doa atau upacara keagamaan) tetapi tidak boleh/tidak sesuai untuk penerbitan. Ulasan encik/Dr/ustaz?
Orang Kristian sendiri akan keliru . Tiada maksud Allah yang sama dengan konsep triniti yang dianuti oleh penganut Kristian. Mana mungkin mendoakan dengan nama Allah yang Esa tetapi bermaksud Allah Anak , Allah Bapa dan Allah Ruhul qudus. Jika dalam bible hanya diterjemah Tuhan yang mengguna maksud konsep Trinity yang lebih tepat dengan agama Kristian kenapa mahu mengguna kalimah Allah yang ada pertelagahan konsep dengan Islam. Adakah paderi Kristian dan umat Kristian tidak yakin dengan Tuhan dalam konsep Triniti mereka?.
(3) Kalimah Allah didakwa telah lama digunakan di Malaysia oleh masyarakat Kristian, termasuk dalam penterjemahan kitab suci mereka, kenapa baru sekarang perkara ini diangkat sebagai isu yang penuh kontroversi?
Saya boleh balikkan soalan itu. Jika selama ini tidakpun ada penggunaan Allah dalam Herald dan tidak pula diguna dalam mana-mana penerbitan Kristian yang dibenarkan oleh KDN di negara ini , manakala pengajaran Kristian tetap boleh berjalan lancar untuk penganutnya , kenapa sekarang mahu guna kalimah Allah?
Saudara kata didakwa kalimah Allah diguna dalam kitab mereka itu tidak benar. Tiada kalimah Allah dalam Old Testiment mahupun dalam New Testiment yang diterjemah yang guna kalimah Allah di negara ini. Bible yang guna terjemahan ke dalam bahasa Melayu adalah tertakluk kepada undang-undang yang ada di Malaysia . Ia menjadi kontroversi kerana undang-undang negara di 10 negeri adalah jelas menghadkan kalimah-kalimah tertentu yang esklusif untuk Islam tetapi pihak Katholik tiba-tiba mahu menggunakannya. Jadi permohonan ini adalah perkara yang baru bukan kerana penggunaan yang telah lama dipakai. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai enakmen kawalan penggunaan istilah tetap tertakluk kepada kuasa KDYMM YDP Agong. Ketetapan dari KDYMM YDP Agong yang menjujung Islam sebagai agama negara ini diperlu dipatuhi.
(4) Sejauh mana berasas/tidak berasas kecurigaan masyarakat Islam terhadap orang Kristian berhubung perkataan Allah? Adakah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian benar-benar menyimpan tujuan tersembunyi untuk menukar agma orang Islam?
Pertanyaan saya , setelah sekian lama kalimah Allah tidak diguna dalam kitab injil terjemahan bahasa Melayu di negara ini , malah sejak kedatangan penjajah Portugis datang ke tanah air ini pada 1511 , kenapa tiba-tiba sekarang pihak Katholik beriya-iya pula hendak guna? Bukankan sejarah penjajah Kristen ada kaitan dengan agenda Kristianisasi? Apa tujuan sebenar pihak Katholik ini?
Jika jelas ia boleh membawa kontroversi kepada majoriti umat Islam di negara ini , ada apa hasrat Katholik mengguna kalimah Allah? Jika kalimah Tuhan itu benar-benar menepati maksud triniti dalam Kristian dan ia lebih mudah diterima oleh penganut Kristian berbahasa Melayu di negara ini , kenapa tidak guna Tuhan sahaja. Sasaran siapa yang Katholik hendak tujukan untuk guna kalimah Allah ini.? Bukankah penggunaan Allah yang lebih jelas dan lebih lazim diguna oleh umat Islam sebagai Allah yang Maha Esa akan menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut Kristian sendiri yang mahu memahamkan Allah itu dalam konsep triniti?
(5) Adakah insiden gangguan terhadap gereja (sejak Jumaat, 8 Jan 2009) merupakan permulaan kepada konflik lebih serius/tegang antara Islam dan Kristian di Malaysia? Adakah kontroversi/ketegangan ini berkaitan dengan isu-isu lain antara Kristian dan Islam di seluruh dunia (atau tiada kaitannya)?
Islam sudah lama dicemburui oleh misionari Kristian. Sejarah panjang era penjajahan Eropah-Kristian untuk membawa Gospel, Glory dan Gold ke rantau negara-negara umat Islam tidak dapat dinafikan. Kini Islam di asak sebagai ugama pengganas dan Muslim diwarnai sebagai penganut yang fanatik. Kempen Islamofobia untuk mengambarkan Islam sebagai agama yang ganas dilakukan dalam pelbagai fron dalam pelbagai versi. Apa saja reaksi umat Islam dilihat sebagai sikap fanatik dan esktremis. Padahal umat Islam kerap diletak dikandang salah dan diasak untuk bertahan. Malangnya sikap defensif umat Islam terus diambil kesempatan untuk dituduh menafikan hak dan kebebasan beragama oleh golongan bukan Islam.
Sentimen ini sangat dirasai oleh kebanyakan umat Islam. Gangguan kepada gereja hanyalah provokasi mereka yang mencari kesempatan untuk mengujudkan ketegangan. Menuding kepada mana-mana pihak tanpa bukti akan merumitkan lagi jalan untuk mencari penyelesaian. Ini tidak harus ditafsir sebagai pertembungan antara agama di negara ini tetapi adalah pertembungan antara mereka yang berdegil untuk tidak mahu menerima kenyataan dan kemarahan mereka yang merasa dicabar.
(6) Bagaimana kerajaan/ NGO Islam harus menangani masalah ini? Apakah “formula kompromi” yang sesuai untuk memuaskan hati golongan Muslim dan Kristian di negara ini?
Pihak Katholik perlu menerima realiti dan hakikat setting negara ini yang dihuni oleh majoriti umat Islam. Dengan berkeras untuk meneruskan desakan mengguna Kalimah Allah dilihat sebagai mencabar wibawa umat islam dan Islam itu sendiri. Sejak dari dulu kehadhiran pelbagai agama di negara ini diterima dengan baik dengan mengharapkan pihak bukan Islam menghargai sensitiviti umat Islam. Ini termasuk sensitiviti terhadap sesuatu yang sangat suci dan sangat akrab dengan pegangan pokok umat Islam iaitu Allah yang Maha Esa. Ini pihak penyebar agama Kristian faham sejak dari zaman penjajah lagi. Lantaran itu sesudah beratus tahun Tanah Melayu ini di jajah , pihak Kristian faham kedudukan Islam dan pegangan umat Islam yang perlu dihormati .
Formula yang jelas perlu diguna oleh semua pihak ialah kembali kepada persepakatan asal mengenai dasar saling hormat dan saling menjaga sensitiviti antara agama. Ini juga termasuk menerima hakikat umat Islam adalah penganut terbesar di negara ini sejak dari sebelum penjajahan . Lantaran itu kedudukan istimewa Islam dan hak umat Islam untuk menjaga kesucian Islam tidak harus dicabar.
Segala perbincangan atau dialog perlu menjadikan ini sebagai landasan. Kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah cukup baik untuk menjaga keharmonian antara agama hendaklah dihormati. Hak dan bidangkuasa Raja-raja Melayu yang bertangungjawab menjaga kesucian dan kedudukan istimewa Islam dinegara ini juga hendaklah dihormati.
(7) Patutkan satu “majlis keharmonian antara agama” diwujudkan (atau, hidupkan semual cadangan Inter-Faith Council atau IFC) sebagai platform dialog bagi mencari titik persefahaman antara pelbagai agama di Malaysia? Bagaimanakah isu-isu yang sesuai dibincangkan, format perbincangan dan penyertaannya?
Keharmonian sudah wujud sejak lama . Persefahaman mengenai apa yang boleh dan apa yang perlu dihormati sudah sedia dimaklumi oleh penganut antara agama di negara ini. Pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin masyarakat boleh berbincang dari masa ke semasa jika timbul sesuatu isu. Mekanisme itu sudah wujud semada dalam bentuk formal mahupun tidak formal. Jadi tidak perlu di wujudkan majlis kekal seperti IFC . Jika timbul isu yang perlu dirundingkan maka diadakan perundingan. Pihak kerajaan boleh mengguna wibawanya untuk menganjurkan perbincangan dikalangan pemimpin-pemimpin dan ilmuan antara agama. Perbincangan biar berlaku dengan lebih terhormat dan jangan dilontar dalam media sehingga mereka yang kurang berilmu dalam agama juga mahu turut berdebat.

(8) Enakmen yang melarang penggunaan kalimah Allah (dan sejumlah lagi perkataan) telah diluluskan di 10 negeri sejak tahun 1988 lagi. Kenapa ia tidak dilaksanakan untuk menangani isu ini? Wajarkah peruntukan seumpama itu diperkenalkan (enacted) di peringkat persekutuan?
Islam adalah agama Persekutuan. Mengikut tafsiran umum segala dasar yang digubal dinegara ini tidak boleh bercanggah dengan Islam . Ini termasuk membenarkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing asal tidak menggangu sensitiviti penganut agama lain. Enakmen mengenai Islam diwujudkan di negeri-negeri dibawah Raja-raja Melayu. Bagi peringkat persekutuan , kedudukan Islam juga tidak ada beza dengan negeri-negeri lain. Oleh itu Perkara 3 , 4 dan 11 yang memperuntukan kebebasan mengamalkan agama lain dengan aman serta menghadkan penyebaran agama lain kepada orang Islam , meliputi juga soal menjaga kedudukan Islam diperingkat persekutuan. Soal akta yang sedemikian rupa tidak ujud diperingkat persekutuan tidak harus menjadi penghalang kerana KDYMM YDP Agong maseh mempunyai bidangkuasa untuk mengawal supaya kedudukan agama Islam tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Jadi memang enakmen yang ujud di 10 negeri itu boleh diguna untuk mengatasi isu ini. Tetapi perbicaraan yang berlaku ini ialah soal kuasa Menteri KDN untuk melarang penggunaan kalimah Allah yang dicabar oleh pihak penerbit Herald. Walaupun begitu , yang dikaitkan dengan kuasa Menteri tersebut tidak dapat dipisahkan dari menjaga kedudukan Islam yang istimewa dalam negara. Larangan KDN untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya dilihat hanya secara “legalistic” akan tetapi hendaklah dilihat dari sudut budaya , sensitiviti , dan realiti dalam masyarakat.

(9) Wajarkah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan ke atas pihak-pihak yang membangkitkan sentimen agama (sama ada Kristian atau Islam) dalam isu Allah?
Tidak wajar . Undang-undang lain yang sedia ada untuk mendakwa dan menghukum sesorang yang disabit dengan kesalahan sudah mencukupi. ISA tidak perlu kerana ia boleh menambah ketidakpuasan hati lebih ramai lagi. Kerajaan perlu dilihat telus dan menegakkan keadilan sebagaimana sepatutnya dalam kerangka Perlembagaan persekutuan yang telah disepakati.
Nigel Aw
Wartawan
Malaysiakini

Sunday, January 17, 2010

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Ugama Islam MalaysiaMengenai Isu Tuntutan Penganut KristianTerhadap Penggunaan


Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Setar, Kedah
1) Ulasan/Hujah
i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
ii. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, January 12, 2010

FORUM I ”Aqidah: Isu dan Cabarannya di Malaysia”

19 Januari 2010
8.30 pagi
Dewan Utama Pelajar A

FORUM II “Concept of God: Perspective from Divine and Human Law”

19 Januari 2010
8.00 malam
Dewan Masyarakat Penyayang, Jalan Utama


Ahli Panel:
Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM)
Tn. Hj. Ayub Abdul Rahman (Pendakwah)


ANJURAN Pusat Islam USM dan NGO-NGO Islam P.Pinang


SEMUA DIJEMPUT HADIR...
All are invited....


www.lanterananlestari.blogspot.com
www.abimppcyber.blogspot.com
www.pusatislam.usm.my

Sunday, January 10, 2010

Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Nama Allah : Tanggapan Terhadap Golongan Yang Membenarkan

oleh Dr Khalif Muammar
Kedudukan Masalah
Setelah isu ini dibahas hampir dua tahun masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Antara sebabnya ialah wujudnya pandangan yang diberikan oleh beberapa cendekiawan yang digelar ulama’ yang mengatakan bahawa terdapat dalil dalam al-Qur’an yang membenarkan hal tersebut. Dan tiadanya dalil yang menyokong larangan penggunaan oleh bukan Islam.
Penulis telah berkesempatan untuk mengikuti isu ini dan memberi tanggapan sejak dari awal lagi dan menghasilkan 3 artikel sebelum ini yang boleh dicapai dalam khairaummah.com. Dalam makalah terakhir ini penulis cuba menjawab keraguan-keraguan yang ditimbulkan dan memberikan hujah-hujah yang muktamad agar kecelaruan tidak berterusan dan kepentingan umat Islam dapat dipertahankan. Dengan penjelasan yang terbaik yang penulis dapat paparkan ini mudah-mudahan terbuka hati dan bertambah yakin orang-orang yang inginkan kebenaran berdasarkan hujjah dan biarkanlah tertutup hati orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran walaupun datang dengan hujjah.
Sebelum pergi jauh perlu difahami terlebih dahulu maksud persoalan di atas. Ia bukan persoalan tentang siapakah Tuhan orang bukan Islam, kerana jelas bagi kita Tuhan bagi semua umat manusia hanya satu iaitu Allah. Ia juga bukan berkaitan dengan orang Arab bukan Islam di negara-negara Arab kerana persoalan ini muncul dalam konteks Malaysia, dan hanya relevan dengan negara-negara bukan Arab. Maka maksud persoalan di atas adalah merujuk kepada orang bukan Islam di Malaysia bukan di negara-negara Arab. Perbezaan konteks ini sangat penting kerana ia juga bermakna perbezaan bahasa yang digunakan oleh bangsa yang berlainan. Orang bukan Islam di Malaysia tentunya bukan orang Arab.
Dari sini sahaja dapat disimpulkan bahawa penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam di Malaysia tidak relevan kerana mereka tidak pernah menggunakannya bahkan tidak mengerti pun maksudnya. Orang bukan Islam di Malaysia tidak mengenal bahasa Arab, maka perkataan Allah adalah perkataan yang asing dalam kehidupan mereka. Perlu juga ditegaskan dengan kalimat ‘menggunakan’ di atas yang dimaksudkan adalah menamakan atau menggunakan nama Tuhan orang Islam bagi merujuk Tuhan mereka.
Di sini dapat disimpulkan bahawa faham pluralisme agama terkandung dalam usaha ini. Daripada perkataan ’menggunakan’ di atas maka tidak timbul isu sekadar penyebutan nama Allah oleh bukan Islam dengan maksud merujuk kepada Allah sebenar. Tidak sepatutnya timbul pernyataan apa salahnya orang bukan Islam menyebut nama Allah kalau yang dimaksudkan itu benar. Mereka boleh sahaja menyebut, membaca, nama Allah yang menjadi persoalan di sini adalah penggunaan istilah yang sama / pemberian nama yang sama bagi Tuhan yang berlainan.
Jika persoalan telah jelas difahami dengan betul maka jawaban terhadap persoalan juga diharapkan akan lebih terfokus. Untuk memudahkan lagi orang awam boleh juga dipertanyakan dalam bentuk yang sedikit berbeza iaitu bolehkah orang bukan Islam menamakan Tuhan mereka Allah?Terdapat kecenderungan di kalangan umat Islam, tidak terkecuali ulama’nya, untuk menyederhanakan persoalan rumit dan besar ini. Bagi sesetengah orang ini hanyalah persoalan perebutan nama. Atau ia hanyalah berkaitan dengan sebutan, luaran yang tidak perlu dihubungkaitkan dengan persoalan Akidah dan keyakinan umat Islam.
Menurut prof. Wan Mohd Nor walaupun kelihatan masalah nama dan bahasa ini sederhana tetapi melalui bahasalah pandangan alam (worldview) terbentuk. Perubahan pada bahasa dengan merubah maknanya akan memberi kesan yang besar kepada perubahan pandangan alam dan seterusnya keyakinan dan amal ibadah orang Islam. Tentang Orang Arab Bukan Islam Yang Menggunakan Nama AllahUntuk menjawab persoalan ini pertama sekali perlu dijelaskan bahawa konteks masyarakat Melayu dengan masyarakat Arab berbeza. Perkataan Allah adalah perkataan Arab yang telah wujud sebelum kedatangan Islam oleh nabi Muhammad saw.
Orang bukan Islam yang datang ke negeri Arab, baik Yahudi mahupun Nasrani, telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka selama lebih 1400 tahun yang lalu kerana bahasa Arablah bahasa yang mereka gunakan. Jika orang bukan Islam dalam masyarakat Arab hari ini masih menggunakan nama Allah maka hal ini wajar dalam konteks tersebut, kerana mereka tidak mengalami Islamisasi dan sehingga ke hari ini masih mengguanakan bahasa Arab. Dalam konteks Malaysia yang bahasanya bukan bahasa Arab, dan orang bukan Islam yang bukan orang Arab, maka penggunaan nama Allah oleh mereka adalah sesuatu yang janggal.
Sesuatu yang dipaksakan, yang sengaja ditimbulkan untuk tujuan-tujuan yang tidak baik. Oleh itu jika di negara-negara Arab hal ini dibenarkan, melihat kepada fakta sejarahnya, ia tidak boleh dijadikan ukuran untuk membenarkan hal yang serupa berlaku di Malaysia dan di negara-negara bukan Arab.Sesetengah orang Islam yang keliru dalam menanggapi isu ini berhujah bahawa dalam al-Qur’an ada disebutkan bahawa orang Yahudi mendakwa ‘Uzair itu anak Allah’, dan orang Nasrani mendakwa bahawa ‘al-Masih itu anak Allah’ (lihat surah al-Tawbah: 30).
Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti dan dengan mengambil kira perbezaan bahasa, yang mereka katakan sebenarnya tidaklah betul-betul sama seperti itu, kerana dalam bahasa mereka, iaitu bahasa Ibrani, perkataan yang mereka gunakan sebenarnya adalah Uzair itu anak Tuhan (Yahweh/ Elohim), dan al-Masih itu anak Tuhan (Yahweh/ Elohim), tidak ada perkataan Allah dalam bahasa mereka. Al-Qur’an sebenarnya menterjemahkan kata-kata mereka yang tentunya bukan dalam bahasa Arab tetapi dalam bahasa mereka sendiri, iaitu Ibrani, untuk difahami oleh orang Arab atau orang Islam.
Oleh kerananya perkataan yang digunakan adalah Allah kerana Allah dari segi bahasa adalah Tuhan. Penggunaan dalil seperti ini oleh golongan ini menunjukkan sikap yang sembrono dan kurangnya kehati-hatian. Sememangnya Allah adalah Tuhan semua nabi dan rasul. Tetapi Allah bukanlah Tuhan yang disembah oleh orang Yahudi dan Nasrani. Dengan penyelewengan yang berlaku dalam agama tersebut mereka tidak lagi beriman kepada Allah. Jadi mereka tidak boleh mendakwa diri mereka beriman kepada Allah. Maka dari itu sesuatu yang melambangkan ketidakcerdasan dan kenaifan apabila ada sesetengah orang berkomentar dalam isu ini “al-hamudillah, akhirnya orang bukan Islam percaya Allah itu Tuhan mereka”.
Di sinilah pentingnya kita memahami iman, Islam dan Din dengan mendalam. Sebagaimana ditegaskan oleh al-Attas, iman dan Islam tidak hanya cukup dengan dakwaan percaya kepada Allah tetapi mestilah tunduk dan patuh dengan sebenar-benarnya (real submission and true obedience) kepada perintah dan suruhan Allah dengan mengikuti Rasulullah saw (al-Attas, Prolegomena: 54-56).Untuk memahami dengan baik ayat-ayat al-Qur’an berkaitan nama Allah, perlu difahami terlebih dahulu bahawa dalam al-Qur’an ada dua bentuk penggunaan perkataan Allah, pertama yang umum merujuk kepada maknanya dari segi bahasa; kedua yang khusus merujuk kepada penggunaannya secara teknikal (istilahi). Hal ini tidak ekslusif pada kalimah Allah sahaja tetapi juga kalimah-kalimah lain seperti solat, bahkan kufur juga. Penggunaan yang umum biasanya merujuk kepada masyarakat bukan Islam.
Sedangkan penggunaan yang khusus merujuk kepada pemahaman masyarakat Islam yang telah dibentuk akidah mereka. Penggunaan yang khusus lebih banyak daripada penggunaan yang umum, ini selaras dengan banyaknya ayat-ayat yang turun merujuk kepada tahap intensif Islamisasi. Tahap Islamisasi yang intensif sebenarnya berlaku di Makkah lagi apabila konsep-konsep mendasar dan penting dijelaskan dengan panjang lebar. Dalam konteks inilah ayat-ayat seperti dalam surah al-Ikhlas, al-Kafirun, ayat Kursi dll. diturunkan agar konsepsi yang jelas tentang Tuhan dapat difahami dan dihayati oleh kaum Muslimin.
Umat Islam yang telah mengalami proses Islamisasi, baik di Arab mahupun di alam Melayu, mempunyai konsepsi yang jelas tentang Allah. Konsepsi yang jelas ini adalah kesan proses Islamisasi selama lebih 1400 tahun di Arab dan lebih kurang 1000 tahun di alam Melayu. Islamisasi berlaku apabila nama-nama atau istilah-istilah yang telah wujud sebelum Islam diberikan makna baru. Proses Islamisasi ini telah menjadi garis pemisah antara Islam dengan kufur. Dalam konteks nama Allah ini Islamisasi telah memisahkan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain. Walaupun ia adalah sebuah nama bagi Tuhan, tetapi ia bukan sembarangan nama kerana maknanya sarat dengan perbezaan teologi yang mendasar dengan nama-nama tuhan yang lain.
Adalah sesuatu yang malang jika umat Islam membenarkan orang bukan Islam, sedangkan ia berkuasa untuk melarangnya, konsepsi tentang Allah ini menjadi dangkal kembali. Jika ini berlaku bermakna umat Islam hari ini telah membenarkan berlakunya deislamisasi. Suatu langkah mundur 1000 tahun ke belakang. Kalimah la ilaha illa Allah yang bermaksud tiada tuhan melainkan Allah, dengan pendangkalan makna di atas maka kalimat tauhid ini akan bermaksud tiada tuhan melainkan Tuhan, walaupun bukan ini yang dikehendaki dalam Islam dan oleh para ulama’nya tetapi inilah maksud yang sah pada mata umum. Dengan demikian kalimah Tawhid yang seharusnya mempunyai kesan dan implikasi yang besar dalam kehidupan seorang Muslim akan menjadi bertindih, wujud percanggahan (incoherence) dan tidak memberi makna yang signifikan. Masyarakat Jahiliyyah yang Menyebut Allah.
Golongan literal dan tekstualistik ini juga menyandarkan hujah mereka kepada ayat al-Qur’an Surah al-Zumar: 38 yang bermaksud “Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".”Memang pada zahirnya ayat tersebut menyatakan bahawa orang Quraish jahiliyyah pada hakikatnya percaya bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Namun sebagaimana disebutkan di atas yang dimaksudkan dengan kalimah Allah di atas bukan kata khusus tetapi kata umum.
Faktanya, kalimah Allah telah digunakan oleh masyarakat Jahiliyyah sejak sebelum Islam, maka tidak mungkin al-Qur’an menggunakan perkataan lain bagi merujuk kepada Tuhan. Jadi ketika ia menceritakan apa yang dipercayai oleh orang bukan Islam maka al-Qur’an mengatakan bahawa mereka percaya akan wujudnya Tuhan, bahawa Tuhan lah yang menciptakan segalanya. Ini kerana secara alamiahnya konsep Tuhan telah ada dalam diri manusia sejak mereka dilahirkan di dunia. Tawhid datang melalui para Rasul untuk mengajarkan umat manusia siapa Tuhan itu sebenarnya. Dengan risalah Tawhid ini manusia dibebaskan daripada kepercayaan politeisme, dinamisme dan animisme.
Kedatangan nabi Muhammad saw walaupun sebagai kesinambungan dari nabi-nabi sebelumnya tetapi juga untuk meluruskan penyimpangan akidah dalam agama Yahudi dan Nasrani. Jadi penggunaan nama Allah oleh masyarakat Jahiliyyah adalah penggunaan yang umum yang hanya bermaksud Tuhan kerana demikianlah erti Allah dari segi bahasa. Tetapi setelah kedatangan Islam penggunaan umum ini tidak relevan bagi masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam yang bukan Arab pada hari ini. Maka ayat di atas sebenarnya tidak sama sekali membenarkan orang bukan Islam di negara ini menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka. Kerana Arab jahiliyyah telah memiliki kalimah Allah ini sebelum Islam datang sedangkan orang bukan Islam di negara ini, dan di negara selain Arab, tidak mengenal kalimah ini.
Kesimpulannya adalah satu pembohongan apabila ada yang mengatakan bahawa terdapat dalil yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah.Bahaya Pendekatan Literal dan Tekstualistik Terdapat kekeliruan yang besar apabila sebahagian ilmuwan dan orang awam cenderung mempertanyakan dalil atau nas bagi setiap persoalan yang timbul. Kelompok literal dan rigid ini ketika melihat ada sebahagian ayat al-Qur’an yang secara literalnya seolah-olah membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam maka secara terburu-buru tanpa meneliti dengan mendalam maksud ayat-ayat tersebut dan perbezaan konteksnya lalu terus mengambil kesimpulan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah.
Perlu dijelaskan bahawa tidak semua persoalan perlu ditanyakan apakah dalilnya, jika ada nas maka barulah sesuatu dapat diperkatakan jika tidak maka ia hanyalah pandangan yang relatif, boleh ditolak atau diterima. Hakikatnya selain nas, ada ilmu yang diwariskan oleh para ulama. Inilah yang dimaksudkan bahawa ulama itu pewaris nabi. Bahawa mereka itu mewariskan ilmu yang diperolehi oleh nabi (hadith). Kelebihan ilmu ini jugalah yang membezakan si jahil dengan orang alim. Orang jahil boleh sahaja berhujah dengan ayat dan hadith tetapi dia tidak tahu pasti bagaimana ayat dan hadith itu difahami dan digunakan.Kita tahu bahawa ayat-ayat al-Qur’an terhad dan permasalahan yang timbul sentiasa bertambah.
Seorang mujtahid, ulama atau pemikir, perlu dapat memberikan jawapan bagi setiap persoalan berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith yang terhad itu. Di sinilah letaknya kedinamikan Shari’ah, sehingga ia sesuai diterapkan sepanjang masa. Mereka harus dapat merumuskan prinsip-prinsip baik tersurat mahupun tersirat daripada al-Qur’an dan Sunnah. Berdasarkan prinsip-prinsip inilah mereka cuba menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang timbul. Oleh itu kemampuan yang perlu ada pada seorang mujtahid bukanlah mengeluarkan ayat-ayat atau hadith dalam menanggapi sesuatu persoalan tetapi kebijaksanaan yang terbit dari kefahamannya yang mendalam terhadap al-Qur’an dan Sunnah serta karya-karya ulama terdahulu (al-Turath).
Malangnya hari ini yang berpandukan kepada kewujudan dalil bukan hanya orang awam tetapi mereka yang mendabik diri mereka ulama. Mereka mencari dalil, walhal ini adalah persoalan baru yang memerlukan pemikiran yang mendalam. Sepatutnya yang ditanyakan bukan apakah dalilnya tetapi apakah hujahnya? Ketika suatu persoalan itu tidak ada dalil yang qat’i mengenainya tidak bermakna kita tidak memiliki hak untuk memberikan kata putus dalam hal tersebut. Oleh kerana itu dalam persoalan nama Allah ini ulama fiqh bukan pakarnya. Mereka terbiasa dengan pencarian dalil dalam mengistinbatkan hukum. Ini persoalan usuluddin atau ilmu tawhid. Seseorang yang ingin membahas isu ini perlu menguasai teologi, ilmu kalam, epistemologi Islam, falsafah Islam dan metafizik Islam. Persoalannya bukan apakah hukumnya halal atau haram tetapi lebih penting dari itu apakah kesannya terhadap akidah seorang Muslim?
Walaupun sepatutnya mujtahid menguasai kedua bidang ini, Shari’ah dan Usuluddin dengan baik, namun realitinya pada hari ini jarang hal itu berlaku.Kepentingan Ilmu Kebijaksanaan Menyedari kerumitan masalah ini dan skopnya yang melampaui hukum-hakam, maka ilmuwan Fiqh bukanlah orang yang patut menjadi rujukan dalam persoalan ini. Kecenderungan hari ini menampakkan bahawa ulama fiqh dapat menjawab segala persoalan. Ataupun semua persoalan adalah persoalan fiqh. Hakikatnya tidak semua persoalan dapat dikategorikan sebagai hukum hakam dan bukan semua persoalan dapat dipecahkan dengan kaedah fiqh. Persoalan nama Allah ini menunjukkan bahawa ada perkara-perkara yang memerlukan kepada kekuatan hujah yang memerlukan perenungan, kefahaman yang mendalam dan kebijaksanaan yang tinggi dan bukan hanya pencarian dalil dan pemahaman yang literal.
Tampak jelas bahawa terdapat kecenderungan yang meluas ketika ini sikap literal dan tekstualistik dalam memahami Islam. Golongan ini kononnya mengikuti hanya al-Qur’an dan al-Sunnah dan tidak merasa perlu untuk mengikuti pandangan para ulama. Golongan pseudo-salafi ini mengatakan jika tiada nas atau dalil maka apapun yang diutarakan hanyalah pandangan yang relatif kerana ia berdasarkan kepada akal fikiran manusia yang boleh ditolak dan boleh diterima. Sebenarnya dalam banyak hal kita perlu menggunakan kebijaksanaan kita dan bukan bersikap literal dan tekstualistik. Tidak semua perkara perlu dikemukakan soalan apakah ada dalil atau nas tentang hal itu? Jika tiada maka kita tidak berhak mengatakan ianya tidak boleh. Kalau ada dalil, yang secara zahirnya membenarkan, tanpa perlu melihat maksud dan konteksnya maka keputusan terus diambil tanpa berfikir panjang.
Tidak wajar ditanyakan contohnya apakah dalilnya pluralisme agama haram, liberalisme, feminisme dsb? Sikap literal dan tekstualistik ini menyebabkan sebahagian orang bersikap ekstrim dan rigid (kaku) contohnya segolongan mengongkong isteri mereka dari keluar rumah, dengan alasan adanya nas al-Qur’an yang memerintahkan seperti itu. Ada yang berpandangan bahawa kerana ilmu itu milik Allah, sebagaimana ditegaskan dalam al-Qur’an, maka cetak rompak dan plagiarisme dibenarkan. Bahkan golongan ekstrimis yang banyak melakukan keganasan juga menggunakan ayat al-Qur’an yang menyuruh membunuh orang kafir tanpa memahami konteksnya dan dalam keadaan apa ayat itu berlaku. Semua pendekatan ini sangat bersalahan dengan suruhan al-Qur’an dan di samping itu akan memberi kesan negatif kepada kebijaksanaan orang Islam.
Islam memberi tempat yang sewajarnya kepada akal fikiran (human intelligence). Yang dimaksudkan di sini bukanlah reason dan hubungannya denga rasionalisme falsafah yang berkembang di Barat. Mengenai rasionalisme Barat yang menjadi pegangan golongan liberal dan modenis ini penulis telah jelaskan dalam buku tersendiri (Lihat Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, 2006 dan 2009).
Adapun kedudukan dan kepentingan akal dalam Islam telah dijelaskan oleh ulama’-ulama muktabar. Imam al-Ghazali antara lain mengatakan:
“Akal itu umpama penglihatan yang selamat dari cacat cela, dan al-Qur’an itu umpama matahari yang menyinari jagat raya, dengan keduanya seseorang dapat memperolehi hidayah. Seorang yang mengambil salah satunya tergolong dalam orang-orang yang bodoh, orang yang menolak akal hanya cukup dengan cahaya al-Qur’an sama kedudukannya dengan orang yang mendapatkan cahaya matahari tetapi menutup hati, maka tidaklah berbeza dia dengan orang yang buta. Maka akal dengan Shara’ adalah cahaya di atas cahaya”. (Al-Iqtisad fi al-I’tiqad: 4).
Kecenderungan golongan pseudo-salafi yang anti akal ini sebenarnya tidak mempunyai akarnya dalam tradisi Islam. Bahkan Ibn Taymiyyah yang mereka angkat sebagai imam Salafiyyah tidak mempunyai sikap sedemikian. Ibn Taymiyyah sepakat dengan al-Ghazali tentang kepentingan akal ini. Ibn Taymiyyah mengatakan:
“Akal itu syarat dalam mencapai ilmu pengetahuan dan kesempurnaan amal soleh, dengannya akan sempurna ilmu dan amal. Ia seperti kuatnya penglihatan bagi mata maka ketika bertemu dengan cahaya iman dan al-Qur’an maka umpama bertemunya cahaya mata dengan cahaya matahari dan api dan jika mencukupi dengan salah satunya tidak akan dapat seseorang itu memahami segala sesuatu”. (Majmu’ Fatawa: 3:338).
Bahkan ulama’-ulama usul fiqh sendiri mengiktiraf penggunaan akal apabila mereka menjadikan qiyas, istislah, istihsan, masalih mursalah, dan sadd al-zari’ah sebagai sumber hukum sekunder. Di sinilah bermulanya perbezaan antara golongan pseudo-salafi dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah di mana golongan pseudo-salafi ini cenderung rigid terhadap nas dan menolak penggunaan akal dan kebijaksanaan. Kelompok yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah kemudian mengenakan syarat kepada orang bukan Islam supaya tidak menyalahgunakan kebenaran tersebut untuk mengkristenkan orang Islam. Ada juga yang memberikan panduan bagaimana orang bukan Islam menggunakan nama Allah. Justeru ini membuktikan adanya kecelaruan (incoherency) dalam cara berfikir mereka.
Pertama sekali tidak ada alasan orang bukan Islam untuk mendengar nasihat kelompok ini, kerana mereka sendiri tidak mewakili umat Islam apalagi untuk mempengaruhi orang bukan Islam. Kedua, sesuatu yang tidak masuk akal, melihat sejarah kristianisasi yang begitu dahsyat di alam Melayu ini, mereka akan akur dengan nasihat orang yang dikatakan ‘ulama’ ini. Orang Kristian telah memperjuangkan isu ini dengan bersungguh-sungguh dan mereka amat gembira apabila keputusan mahkamah tinggi memihak kepada mereka, sebahagiannya dikeranakan wujudnya perbalahan di kalangan ilmuwan Islam sendiri.
Kemenangan ini bagi mereka menunjukkan kebenaran dakwaan mereka bahawa semua agama pada hakikatnya sama, menyembah Tuhan yang sama. Maka kebenaran menggunakan nama Allah akan menjadi satu pencapaian besar bagi orang Kristian. Hakikatnya ia akan memudahkan lagi proses kristianisasi orang-orang Islam. Kristianisasi ini walaupun tidak dibenarkan dari segi undang-undang tetapi telah berjaya memurtadkan ramai golongan remaja di negara ini.
Bagi umat Islam ia adalah satu kerugian yang sangat besar. Islam tidak akan rugi, berkurang atau rendah kerana hal ini tetapi umat Islam akan semakin terhimpit. Kefahaman masyarakat terhadap akidah Islam akan semakin menipis. Kekeliruan akan semakin merajalela. Kerana dari bahasa pandangan alam akan berubah. Deislamisasi banyak berlaku melalui proses pendangkalan makna. Pendangkalan seperti Islam hanya kepada berserah diri, iman hanya menjadi percaya kepada Allah.
Oleh kerananya ramai orang bukan Islam mengaku diri mereka muslim dan mukmin (dengan m kecil), kerana mereka juga berserah diri dan percaya kepada Allah, yang kini cuba didangkalkan maknanya hanya bermaksud Tuhan. Kecelaruan dalam masalah ini timbul kerana ulama’ fiqh yang tidak berautoriti terburu-buru memberikan pandangan mereka berdasarkan pengetahuan dan kemahiran mereka yang terbatas itu. Seharusnya mereka dapat menahan diri mereka dari memperkatakan sesuatu yang mereka tidak pasti, dan mengakui keterbatasan ilmu yang mereka miliki. Pandangan yang sembrono ini dapat merugikan umat Islam dan menimbulkan lebih banyak kekeliruan.
Mereka juga sepatutnya menghormati pandangan ilmuwan yang lebih berautoriti, dan berwibawa dalam bidang yang lebih relevan iaitu ilmu usuluddin, atau ilmu tawhid. Tidak seperti zaman dahulu, pengkhususan yang menjadi ciri pendidikan hari ini menyebabkan ulama fiqh tidak menguasai dengan baik ilmu usuluddin, begitu juga sebaliknya. Kerana itu penting untuk setiap ilmuwan memahami keterbatasan bidang masing-masing dan menyerahkannya kepada orang yang lebih layak untuk dirujuk. Inilah yang disebut sebagai adab, yang bukan sahaja perlu ada pada penuntut ilmu tetapi juga pada para ilmuwan kepada ilmuwan yang lebih tinggi derajatnya.
Jelas bagi saya bahawa kecelaruan dalam masalah ini menunjukkan semakin parahnya fenomena kehilangan adab di kalangan umat Islam tidak terkecuali golongan cendekiawannya. Perlu juga ditegaskan penekanan kepada adab di sini bukan untuk menghalang ijtihad di kalangan ilmuwan tetapi menegaskan peri pentingnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seseorang ilmuwan yang memberikan pandangan dalam hal yang bukan kepakarannya tidak sama sekali dapat disebut sebagai ijtihad. Pandangan yang diberikan oleh ulama seperti ini sebenarnya bukan ijtihad. Pandangan seseorang ulama dikatakan ijtihad jika ia memiliki ilmu yang mencukupi dalam bidang tertentu dan berusaha dengan sebaik mungkin untuk memahami sesuatu persoalan sampai ke dalam dalamnya, barulah apabila dua syarat ini dipenuhi maka ia dikatakan ijtihad, jika tidak ia hanya boleh dianggap pandangan seperti pandangan orang awam.
Hanya ijtihad sahaja yang jika salah sekalipun mendapat satu pahala, sedangkan pandangan yang mengelirukan boleh mendatangkan dosa khususnya apabila pandangan itu diberikan tanpa hati-hati, tanggungjawab moral dan ketaqwaan.
Penutup
Telah banyak pandangan ulama' besar dikemukakan. Al-Attas sejak tahun 80an, Wan Mohd Nor yang banyak dikutip oleh penulis, dan baru-baru ini Siddiq Fadzil dan Haron Din telah menjelaskan isu ini. Sepatutnya kewibawaan tokoh-tokoh ini sudah cukup untuk menjadi ukuran dalam memahami persoalan ini dan bukan populariti sesetengah orang yang dikatakan ulama’ itu. Isu ini adalah isu Akidah dan kedaulatan Islam. Ia lebih besar daripada isu politik. Perbezaan ideologi politik tidak harus membutakan hati nurani kita daripada mengenali kebenaran.
Isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam bagi saya melambangkan betapa seriusnya fenomena kehilangan adab di kalangan umat Islam, tidak terkecuali golongan intelektualnya. Adab di sini bukan hanya suatu sikap yang perlu ada bagi penuntut ilmu kepada gurunya, atau dari orang bawahan kepada orang atasan, tetapi yang paling mendasar adalah memahami dengan baik dan meletakkan sesuatu termasuk diri sendiri dan orang lain pada tempat yang yang wajar dan tepat. Agar yang tidak tahu menyedari ketidaktahuannya lalu mahu tahu dengan merujuk orang yang betul-betul tahu.
Kita lihat bagaimana isu ini diperbincangkan tanpa merujuk kepada ilmuwan-ilmuwan yang berautoriti/ berwibawa dalam bidangnya. Ilmuwan-ilmuwan kecil yang cuba ber'ijtihad' tanpa menyedari keterbatasan ilmu yang dimilikinya. Terdapat ilmuwan yang mencampur adukkan politik dengan urusan agama sehingga kecenderungan politiknya mempengaruhi pandangannya dalam hal ini. Memang tidak mudah menahan diri dari mendapatkan political mileage apabila kemenangan pilihanraya banyak ditentukan oleh undi orang bukan Islam. Kerana itu ulama’-ulama’ muktabar tidak mahu terlibat dalam politik dan kepartian.
Ramai juga yang cuba memperkatakan sesuatu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang tidak jelas (seperti google, wikipedia dll), dan pengalaman bangsa asing, lalu mendakwa diri mereka tahu sesuatu dan menunjukkan diri mereka faham agama dan menghukum ulama’ yang berhati-hati sebagai kolot, tidak toleran dsb. Ada juga segolongan ilmuwan yang menangkuk di air keruh, ilmuwan palsu yang diangkat kerana rapat dengan penguasa, yang tidak dapat mempertahankan kebenaran ketika ia diserang dari pelbagai penjuru tetapi mendapat pujian dan pengiktirafan atas sesuatu yang bukan hasil usahanya.
Jika kita umat Islam sendiri tidak jujur kepada Allah dan diri sendiri, mengapa mengharapkan pertolongan Allah dan ingin musuh-musuh Islam bersikap adil kepada umat Islam.Setelah umat Islam bingung, keliru dan hilang pedoman maka dengan mudah faham-faham asing seperti sekularisme, liberalisme, pragmatisme, sinkretisme, pluralisme agama, neo-sofisme, saintisme, dll memasuki relung fikiran dan jiwa umat Islam. Faham-faham ini apabila telah merasuk diri sebahagian umat Islam akan menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap kebenaran Islam, skeptis terhadap Islam, merendahkan dan curiga terhadap para ulama’, bahkan tidak jarang juga yang memilih untuk menjadi ateis, agnotis atau murtad. Di sinilah tragedi bermula dan semuanya berpunca daripada kegagalan kita bersikap adil dan beradab terhadap Allah, agama-Nya dan diri kita sendiri.
** Penulis merupakan Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saturday, January 9, 2010

Satu Kajian Terhadap Sisters In Islam ; Penyelewengan Tafsir Terhadap Ayat-ayat al-Qur’an.


Siapakah Sisters In Islam ? -Bhgn 1
ISU KONTEMPORARI PENGAJIAN TAFSIR

Satu Kajian Terhadap Sisters In Islam ; Penyelewengan Tafsir Terhadap Ayat-ayat al-Qur’an.


1.0 Pengenalan Sisters In Islam


SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud pada tahun 1988. Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang prihatin terhadap permasalahan wanita telah bersatu hati membentuk jawatankuasa ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud, Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail. Pada tahun 1991, SIS telah didaftarkan sebagai NGO di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad di bawah seksyen non profit (tiada keuntungan). Nama SIS digunakan secara komersil dalam urusan penyiaran tetapi mereka menggunakan nama syarikat bagi urusan rasmi. [1]

Pada asalnya SIS dikenali sebagai Puteri Islam. Memandangkan gerak kerja mereka melewati sempadan negara hingga ke negara barat, mereka telah bersepakat untuk menamakan Puteri Islam sebagai Sisters In Islam supaya tampak lebih global. Para wartawan pernah mencadangkan nama Daughter Of Islam sebagai terjemahan kepada Puteri Islam. Nama tersebut pernah tersiar hanya beberapa kali di dalam akhbar, namun SIS lebih menyukai nama Sisters In Islam.[2]

SIS ditubuhkan atas persepakatan golongan professional wanita yang banyak terlibat dengan permasalahan wanita seperti ibu tunggal. Oleh kerana pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan wanita yang membela kaum wanita dan menegakkan hak-hak mereka, pengasas SIS rasa bertanggungjawab untuk mewujudkan pertubuhan tersebut. Antara sebab-sebab utama tercetusnya idea penubuhan SIS ini ialah : [3]
a. Apabila banyak rungutan daripada wanita tentang kes-kes yang tertangguh dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya daripada Mahkamah Syariah khususnya dalam hak-hak wanita berkaitan undang-undang kekeluargaan Islam.
b. Beberapa persoalan yang timbul melibatkan diskriminasi gender, keganasan rumahtangga dan sebagainya yang difokuskan kepada keutamaan dan pembelaan ke atas wanita.

Penubuhan SIS di dorong oleh pertubuhan wanita yang bertapak di Indonesia yang dikenali sebagai RAHIMA. SIS secara tidak langsung mengikut acuan yang telah dibentuk oleh RAHIMA sebagai asas bagi memulakan gerakan wanita di Malaysia. Berbekalkan keyakinan dan keazaman, SIS berjaya menggerakkan pertubuhan tersebut hingga ke hari ini. Mereka kini semakin mendapat kepercayaan samada masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa. Suara mereka kini semakin lantang mempertahankan hak-hak wanita supaya wanita tidak dizalimi dan dianiayai.

Bagi bahagian projek pula, SIS mempunyai 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Bahagian tersebut meliputi : [4]

a. Bahagian Penyelidikan

Di bahagian ini, pegawai tersebut bertanggungjawab untuk menjalankan kajian mengenai isu-isu semasa yang menyentuh tentang hak-hak wanita. Kajian tersebut dilakukan mengikut metodologi kajian yang telah ditetapkan oleh SIS. Dalam kajian tersebut SIS tidak mengenepikan pendapat Sarjana Islam Moden dan hasil tulisan Ulama’-Ulama’ terkini. Hasil kajian tersebut akan disiarkan di dalam akhbar, kertas-kertas persidangan, diskusi ilmu sesama ahli dan sebagainya.

b. Bahagian Pendidikan Awam

Bahagian Pendidikan Awam bertanggungjawab untuk mengadakan latihan kepada ibu-ibu tunggal, wanita dan sasaran akan datang ialah remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Latihan tersebut berbentuk forum, diskusi, bengkel, seminar dan kem motivasi. Sasaran akan diperkenalkan tentang undang-undang kekeluargaan dan undang-undang lain yang berkepentingan.

Selain itu sasaran juga diterapkan nilai-nilai kepimpinan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dan mampu merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Pendedahan ini terbukti berjaya mewujudkan kesatuan dan kekuatan di kalangan wanita-wanita yang teraniaya.

c. Bahagian Advokasi dan Pembaharuan Undang-undang

Pegawai yang bertugas pada bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya pada aspek undang-undang kekeluargaan dan yang berkaitan. Beliau perlu mengenalpasti klasifikasi undang-undang, impak pelaksanaan sesuatu undang-undang dan cara pembelaan sekiranya menghadapi tindakan mahkamah. Beliau menjadi rujukan kepada mana-mana individu yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan prosedur undang-undang.

Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan “Undang-undang dan Anda” Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Jumaat. Setiap persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca sekiranya mudah, akan dijawab terus oleh pegawai berkenaan. Sekiranya solan tersebut agak sukar dan memerlukan penghuraian yang panjang, maka SIS akan mendapatkan perkhidmatan percuma (free service) daripada pakar undang-undang.

d. Bahagian Sumber dan Perpustakaan

Untuk bahagian ini, pegawai program diamanahkan untuk menyelenggarakan laman web SIS dan e-mail. SIS akan sentiasa mengemaskinikan laman webnya supaya pembaca dapat maklumat secara cepat dan segar. Sebarang masalah yang timbul, pembaca dapat menghantar atau mengirimkan soalan tersebut melalui e-mail kepada SIS. Dengan ini, hubungan dua hala secara tidak langsung dapat diwujudkan.

Selain itu, pegawai berkenaan turut ditugaskan untuk menerbitkan buku-buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan luar negara. Ada ketikanya bahagian ini bertindak sebagai penterjemah kepada hasil tulisan mereka, kerana kebanyakan buku yang ditulis oleh penulis luar adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya tidak ada hasil tulisan daripada penulis, SIS akan membukukan isi-isi dan kenyataan penting kertas kerja seminar dan forum. Bermula dari peringkat menyediakan bahan penulisan hinggalah kepada proses percetakan adalah menjadi tanggungjawab pegawai berkenaan.

1.1 Objektif utama Sisters In Islam ialah :

1. Menegakkan dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita.
2. Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki.
3. Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.[5]

1.2 Misi Sisters In Islam ialah:

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita dan lelaki, berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat dalam negara demokrasi. [6]


1.3 Aktiviti Sisters In Islam

a)Penglibatan dalam masyarakat

Masyarakat Islam khususnya wanita perlu diberi kefahaman yang jelas tentang undang-undang dan hak-hak mereka dalam masyarakat. Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, SIS telah melibatkan diri dalam masyarakat yang pelbagai seperti ibu tunggal, remaja, wanita professional dan golongan pelajar.

b)Perhubungan Antarabangsa

Sumbangan SIS terhadap wanita bukan sahaja di tanahair Malaysia, malah SIS terus melebarkan sayapnya hingga ke serata dunia khususnya negara-negara Islam. Bagi memantapkan misi perjuangan, SIS seringkali mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan aktivis-aktivis kemasyarakatan negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Afrika, Mesir, Jordan, Amerika dan lain-lain lagi.

c)Sumbangan di dalam Media Massa

Sehingga kini, SIS telah mendapat kepercayaan penuh oleh Utusan Malaysia untuk mengendalikan ruangan “Undang-Undang dan Anda” pada setiap hari Jumaat. Sekiranya SIS tidak berkesempatan untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu, pihak media sering bertanyakan pendapat SIS melalui telefon. Ini menunjukkan bahawa SIS dijadikan rujukan oleh media dan ini merupakan satu penghormatan yang baik. Di antara akhbar yang sering menyiarkan artikel SIS ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, The Sun dan New Straits Times.

Penubuhan SIS adalah semata-mata atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa perceraian dan ketidakadilan bagi suami yang berpoligami. Memandangkan pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan yang membela kaum wanita, maka SIS bersama beberapa orang wanita professional telah bersatu hati menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan ini. [7]








[1] http : // www.sistersinislam.org
[2] Shadiya Abbas, Peranan Sisters In Islam Dalam Membela Kaum Wanita : Satu Tinjauan Dari Sudut Aqidah, Latihan Ilmiah Sarjana Muda Usuluddin, Sesi 2002/2003, hlm. 38
[3] Ibid, hlm. 39
[4] Ibid, hlm. 41-42
[5] Ibid, hlm. 44-45
[6] Ibid, hlm. 47
[7] Ibid, hlm. 50-52

Siapakah Sisters In Islam ? –Bhgn 2

2.0 Beberapa isu tentang salah faham dan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Qur’an

a) Kesopanan dan Kesederhanaan Pakaian dalam Islam

Sisters In Islam di dalam perbincangan mengenai pakaian, mereka menegaskan ia berkaitan dengan konsep kesopanan dan kesederhanaan (modesty) , kesopanan dalam peradaban dan pakaian serta pakaian yang menutup kemaluan. Di dalam ayat 26, Surah al-A’raf menyebut tentang pakaian untuk menutup aurat dan perhiasan yang indah tetapi ia menegaskan bahawa “ pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya”

Seterusnya di dalam ayat 31 surah yang sama, Allah berfirman yang bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu beribadat tetapi janganlah kamu melampaui batas”. Di dalam hal menutup tubuh badan kita, SIS berpendapat kesopanan yang dimaksudkan adalah supaya kita menutup segala yang aib yakni kemaluan kita yang tidak boleh sengaja didedahkan. Kedua-dua ayat ini bila difaham bersama menuntut supaya kita menutup keaiban kita. Tetapi apa yang lebih bermakna di sini ialah, bahawa al-Qur’an menekankan perihal pentingnya taqwa berbanding dengan kain yang menutupi tubuh kita, tidak kiralah betapa banyak atau kurang.

Al-Quran menunjukkan bahawa sifat kesederhanaan dan kesopanan seseorang timbul dari ketaqwaan, ia tidak boleh dipaksa sama ada dengan menutup ataupun mendedahkan aurat. Di dalam ayat 256, Surah al-Baqarah, menegaskan bahawa “tidak ada paksaan dalam agama”. Dalam tafsirnya, Abdullah Yusuf Ali menerangkan bagaimana agama bergantung atas iman dan kesanggupan, dan kedua-dua sifat ini tidak bermakna jika dipaksa. Didikan dan kesedaran sendiri dan bukannya paksaan ataupun undang-undang yang akan membawa kepada taqwa.


Hukum Tentang Aurat adalah Jelas dan Tegas

Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya al-Qur’an al-Azim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan “pakaian taqwa itu yang lebih baik” di dalam ayat 26 surah al-A‘raf adalah iman (menurut pandangan al-Suddi dan Qatadah). Manakala Ibn Abbas pula berpandangan ia adalah amal salih. Sementara itu, Ikrimah menyatakan pakaian taqwa itu adalah pakaian yang dipakai oleh golongan al-Muttaqin pada hari kiamat. Manakala, menurut Abd al-Rahman Ibn Zaid Ibn Aslam yang dimaksudkan dengan pakaian taqwa itu adalah takut kepada Allah dengan menutup aurat. Ternyata pentafsiran yang dibuat oleh SIS tersasar.[1]

Berkaitan pentafsiran SIS terhadap ayat 31, Surah al-A’raf bahawasanya Allah menyatakan jangan kamu melampaui batas dalam berpakaian, ia juga tersasar kerana apa yang dinyatakan oleh Allah menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsir beliau ialah jangan membazir dan mengambil daripada sumber yang haram apabila kamu berpakaian.[2]

Mengenai dengan penyelewengan penafsiran mereka ini berdasarkan firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيِّ
Ertinya: “ Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”(Ayat 256, Surah al-Baqarah)

Penyelewengan penafsiran mereka mengenai dengan ayat ini adalah tidak berasas sama sekali, suatu penafsiran yang salah dan tidak ada kaitan langsung dengan masalah aurat wanita. Ayat tersebut “ tidak ada paksaan dalam agama“, sebenarnya berkaitan dengan Islam menyeru manusia supaya beriman kepada Allah Taala, walau bagaimanapun Islam tidak memaksa seseorang yang bukan Islam supaya memeluk agama Islam, mereka diberi kebebasan untuk beragama tetapi diwajibkan untuk membayar jizyah.[3]

Menyentuh tentang pemeliharaan aurat, Islam menetapkan suatu dasar yang tegas tanpa tunduk kepada tuntutan perasaan individu dalam masyarakat dan jauh sekali dari terpengaruh kepada situasi zaman yang sering merubah tabiat manusia. Tidak ada erti seseorang itu sanggup patuh kepada ajaran agama pada perkara-perkara yang sesuai dengan kehendak nafsunya dan menolak dengan mudah perkara yang tidak disenangi, walaupun ia sedar yang perbuatannya itu adalah salah di sisi Syarak.

Mereka yang bersikap demikian termasuk dalam golongan orang yang digambarkan dalam al-Qur’an sebagai:
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Ertinya: “ Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan ingkar kepada sebahagian kitab yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Ayat 85, Surah al-Baqarah)

Konsep ini boleh dikatakan konsep jahiliyyah moden selepas kedatangan Islam. Konsep ini telah dilihat oleh para sarjana dan mujaddid Islam tidak sekadar merujuk kepada faktor zaman, akan tetapi jahiliyyah yang dimaksudkan ialah faktor perlakuan dan peraturan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Perhatikan firman Allah dalam surah al-Maidah:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Ertinya: “ Apakah hukum (peraturan) Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”.(Ayat 50, Surah al-Maidah)

Sayyid Qutb menekankan bahawa jahiliyyah adalah akibat berlakunya pengabdian manusia kepada sesama manusia dan juga berdasarkan penyelewengan dari hukum ciptaan Allah. Jahiliyyah juga adalah manifestasi daripada percanggahan di antara program perlakuan manusia dengan program fitrah yang dicipta oleh Allah.[4] Demikian juga Abu al-A‘la al-Maududi dan Sa‘id Hawa yang menyetujui bahawa jahiliyyah yang dikehendaki oleh istilah Islam merujuk kepada ciri-ciri pertentangannya dengan Islam sebagai al-Din (Sistem Hidup Islam).Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Ertinya : “Dan tidak patut bagi lelaki dan wanita yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan masih ada lagi bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.”


b) Penafsiran Sister in Islam dalam Surah al-Nur ayat 30-31.

Ayat-ayat Madinah yang diturunkan selepas itu, umumnya adalah lebih khusus dari segi penekanannya.Ini sebagai memenuhi keperluan dan keadaan tertentu yang berlaku dalam hidup Nabi saw dan ummah pertamanya. Pada zaman itu, ayat-ayat awal mengenai kesederhanaan dan kesopanan terkandung di dalam ayat 30-31, Surah al-Nur, di mana kedua-dua lelaki dan wanita digesa “menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka”. Ayat ini menggesa wanita supaya jangan mendedahkan kecantikan mereka selain dari apa yang dianggap sopan dan menyuruh wanita “menutup belahan leher bajunya dengan khimar (tudung kepala) mereka.

Tudung kepala atau khimar yang dimaksudkan ini dilihat oleh separuh para sarjana sebagai selendang perhiasan yang sering dipakai oleh wanita Arab zaman jahiliyyah yang dibiarkan meleret dibelakang mereka, sejajar dengan fesyen ketika itu, leher baju wanita begitu luas hingga mendedahkan dada mereka. Oleh yang demikian, perintah menutup belahan leher baju wanita dengan khimar tidak semestinya bermaksud penggunaan khimar itu sendiri. Tafsiran surah tersebut mengutarakan bahawa perintah berkenaan menjelaskan yang bahagian dada wanita tidak termasuk dalam bahagian badan, “yang zahir padanya” yang boleh didedahkan.

Mesej al-Qur’an tidak berniat menyekat manusia. Dalam memutuskan untuk menjadikan agama sebahagian dari kehidupan umum masyarakat (public life), tugas paling rumit bagi kita sekarang ialah bagaimana hendak membina kebolehan menyesuaikan iman kita untuk menangani cabaran-cabaran peralihan zaman dan keadaan. Adakah kita akan terus wujud sebagai satu bangsa yang muqallid(menganut secara membuta tuli)? Ini akan membawa kepada keruntuhan intelek dan kedangkalan yang berpanjangan.

Sebagai langkah yang pertama, kita mesti mengenali perbezaan di antara apa yang telah diwahyukan, kerana ia tidak boleh dipersoalkan, dengan apa yang terhasil dari usaha-usaha para pemikir cerdik pandai dan juga pengaruh adat resam kita yang sentiasa berubah dan tidak lagi sesuai diadaptasikan masa kini. Pendapat Majlis Fatwa atau pihak-pihak berkuasa agama adalah hanya usaha manusia mentafsir wahyu Tuhan yang tidak terbatas. Tafsiran inilah yang sepatutnya boleh kita perbahaskan dan dibincangkan.


Prinsip-prinsip Penentuan Aurat Dalam Islam

Islam mempunyai dasarnya yang tersendiri dalam mengatur dan menyusun masyarakat bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki berteraskan hukum Allah yang Maha Bijaksana dan Adil. Untuk mencapai matlamat tersebut segala yang bersifat Maslahah ‘Ammah (Kepentingan Masyarakat) disusun dengan sebegitu rupa sehingga benar-benar mendatangkan kesan yang berfaedah kepada masyarakat yang mengamalkannya.

Menyentuh tentang pemeliharaan aurat, walaupun umumnya adalah lebih khusus dari segi penekanannya kepada ummah yang pertaman di zaman Nabi saw, ianya merupakan ketetapan syariat Islam yang wajib diamalkan oleh ummat Islam. Islam menetapkan suatu dasar yang tegas tanpa tunduk kepada tuntutan perasaan individu dalam masyarakat dan jauh sekali dari terpengaruh kepada situasi zaman yang sering merubah tabiat manusia yang wujud ketika itu. [5]


Di dalam surah al-Nur, Allah berfirman :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ(30)وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنأَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِين ( 31)َ َّ
Ertinya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannnya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam atau budak-budak lelaki yang mereka miliki…..(Ayat 30-31, Surah al-Nur)

Ayat diatas mengandungi lima larangan seperti berikut :

1- Wanita Islam dilarang menonjol perhiasan diri seperti pakaian yang cantik menarik dengan berbagai fesyen, barang-barang kemas dan lain-lain alat perhiasan yang lazim dipakai oleh wanita sepertimana yang dilakukan oleh wanita di zaman jahiliyyyah.[6]
2- Melarang lelaki dan wanita yang beriman dari memandang perkara-perkara yang haram termasuk aurat golongan mereka yang berlainan jenis yang bukan mahramnya.
3- Mereka dilarang melakukan zina.
4- Wanita dilarang mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi dan dikehendaki memakai kain tudung kepala untuk menutup seluruh rambut dan tengkok. Kain tersebut hendaklah labuh hingga ke dada.Islam tidak membenarkan mendedahkannya melainkan dihadapan suami dan kaum keluarga yang terdekat.[7] Firman Allah: ayat:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا(33)
Ertinya:” Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu”. (Ayat 33, Surah al-Ahzab)
Walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi tetapi umumnya ditetapkan hukum kepada semua wanita-wanita Islam.[8]
5- Wanita dilarang berjalan menghentak kaki dengan tujuan didengari orang akan deringan gelang kaki yang dipakai.

Perintah pertama yang ditujukan kepada lelaki dan wanita Islam dalam ayat 30-31 dari surah al-Nur ialah merendahkan pandangan mata. Maksud merendahkan pandangan mata dalam konteks ayat ini ialah menjauhkan diri dari melakukan sesuatu yang digambarkan dalam sebuah hadith sebagai ‘zina mata’ yakni memandangkan kecantikan kecantikan tubuh badan wanita serta perhiasannya dengan perasaan ghairah.[9] Demikian juga pandangan wanita terhadap lelaki yang ajnabi dan bukan suaminya dengan syahwat ianya ditegah oleh Islam.[10]


Menurut al-Maraghi di dalam tafsirnya, bahawa Allah mendahului perintah membatas pandangan mata sebelum menjaga kemaluan kerana mata merupakan pengintip kepada hati. Oleh kerana pandangan mata merupakan wasilah kepada fitnah amali (perbuatan) maka Allah mengharamkan jalannya terlebih dahulu sebelum mengharamkan matlamatnya iaitu zina.[11]

Manakala Islam menyuruh wanita “menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala (khimar ) mereka. Yang dimaksudkan di sini mengikut pendapat Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ialah hendaklah kamu tutup kepala, tengkuk serta dada kamu dengan tudung ke atas juyub( lubang yang dibuat pada pakaian sehingga mendedahkan sebahagian daripada dada wanita pada zaman jahiliyyah).

‘Allamah al-Naysaburi, beliau berkata di dalam tafsirnya Gharaib al-Quran, pada awal-awal zaman Islam, wanita-wanita sering keluar rumah mengikut adat kebiasaan mereka pada zaman Jahiliyyah, iaitu dengan memakai pakaian yang tiada cukup menutup aurat, dengan baju dan khimar (kain tudung), tanpa perbezaan antara perempuan merdeka dan perempuan hamba. Maka mereka dititah oleh Allah supaya memakai rida’, iaitu pakaian luar[12] dan khimar , menurut pendapat Ibnu Kathir iaitu kain tudung yang besar dan menutup kepala,[13] muka dan seluruh badan, itulah yang dimaksudkan dengan memakai jilbab.[14]


Dalam menafsirkan ayat 31 diatas dengan mengatakan bahawa dada wanita tidak termasuk dalam bahagian badan “ yang zahir padanya” yang boleh didedahkan adalah suatu pentafsiran yang salah dan tidak berasas sama sekali!. Ulama’ Islam berbeza pendapat dalam menafsirkan ayat tersebut.

Menurut pendapat al-Maududi : ( إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ) yang bermaksud: “Kecuali yang zahir daripadanya” menurut al-Maududi ialah perhiasan yang dipakai oleh wanita dan ternampak dengan sendiri tanpa disengajakan. [15] Menurut Hassan al-Basri ia adalah pakaian luar yang melindungi pakaian dalam. Manakala Ibn Abbas, Mujahid, ‘Ata’, Ibn ‘Umar, Sa‘id bin Jubair pula, mereka menafsirkan ayat tersebut dengan maksud muka dan tapak tangan. Menurut pendapat Qatadah maksud dengan perhiasan luar ialah seperti cincin dan gelang tangan. Islam mengharam perempuan mendedahkan perhiasan dirinya (perhiasan yang batin) seperti leher, rambut, telinga, dada dan lain-lain lagi dihadapan lelaki ajnabi. [16]

c) Aurat wanita

Ayat terakhir dalam surah al-Nur mengenai kesederhanaan pakaian, ialah ayat yang ke-60, membenarkan wanita “yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi” menanggalkan pakaian luar mereka tanpa bertujuan menayang kecantikan mereka. Surah al-Nur khususnya dari segi kesederhanaan pakaian mendefinasikan apakah dia bahagian tubuh yang mengaibkan dan tidak boleh didedah. Persamaan yang terdapat pada kesemua ayat-ayat di atas menggesa kesederhanaan peradaban dan pakaian.

Aurat Wanita Yang Sudah Lanjut Usia

Mengenai dengan kesederhanaan peradaban dan pakaian yang berkaitan dengan ayat di atas difahamkan disini bahawa Islam memberi kelonggaran khusus kepada wanita yang sudah lanjut usia, tetapi diperintahkan menutup aurat keatas golongan muda. [17]
Manakala wanita yang tidak dapat melahirkan anak lagi kerana usianya yang sudah lanjut atau disebut dalam al-Quran al-Qalaid min al-Nisa’, iaitu wanita yang sudah tidak berminat lagi untuk berkahwin atau tidak lagi diminati lelaki, tidak berdosa untuk menanggalkan pakaian luarnya seperti baju labuh dan jilbab yang menutup badannya menurut pendapat Ibnu Mas’ud[18], selagi tidak bermaksud bersolek dan menampakkan perhiasan yang wajib disembunyikan.[19] Mereka boleh berbuat demikian dengan syarat tidak memiliki kecantikan yang boleh menimbulkan syahwat. Namun begitu jika mereka mempunyai kecantikan, maka mereka ditegah berbuat demikian kerana ia boleh menimbulkan syahwat kepada orang yang melihatnya.

Hukum ini jelas dalam surah al-Nur, firman Allah:
وَالْقَوَاعِدُ مِنْ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(60)
Ertinya: “Mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya, tanpa bertujuan mendedahkan perhiasan. Namun jika mereka tetap mempertahankan penutupan aurat dengan lebih sempurna adalah lebih baik dan menjamin keselamatan mereka”.(Ayat 60, Surah al-Nur)

1.3.2. Perintah menutup aurat untuk golongan muda

Perintah ini dapat dilihat dalam al-Quran yang berbunyi:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا(59)
Ertinya: “ Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan-perempuan yang baik”.(Ayat 59, Surah al-Ahzab)

Kita sudah sama-sama tahu bahawa isteri-isteri Nabi itu adalah merupakan teladan yang baik yang perlu dicontohi oleh wanita-wanita mukmin untuk setiap saat, dan di mana pun mereka berada. Mereka adalah orang mulia, darjat dan kedudukan mereka cukup tinggi.Walaupun ayat ini dikhususkan kepada isteri-isteri Nabi dan anak-anaknya tetapi ianya perlu di contohi oleh wanita-wanita yang beriman.[20]

Maksud (مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ) dalam ayat ini adalah suatu bentuk pakaian longgar yang menutup seluruh badan termasuk kepala.[21] Difahamkan perintah ini dikenakan kepada wanita-wanita yang masih muda, kerana bimbang keselamatan mereka diganggu lelaki yang tidak bermoral. Tidak benar, jika ada pendapat menyatakan Islam tidak mempercayai iman dan ketaqwaan lelaki, kerana iman adalah soal yang terlalu nisbi, samada lelaki atau wanita. Penutupan aurat adalah sebagai langkah percegahan sebelum sesuatu kejadian berlaku.[22]

Semua ahli tafsir sependapat dalam mentafsirkan ayat diatas:

1- Al-Imam Ibn Jarir al-Tabari ada menerangkan di dalam Tafsirnya pendapat beberapa orang ahli tafsir, berhubung dengan ayat ini. Menurut beliau, bahawa sebelum turunnya ayat ini wanita-wanita mendedahkan rambut mereka dan muka mereka ketika mereka keluar rumah mereka untuk sesuatu hajat. Pada zahirnya tiada perbezaan diantara wanita-wanita beriman yang beriman merdeka dengan wanita-wanita abdi. Maka Allah Taala menurunkan firmannya ini supaya dapat membezakan antara satu sama lain di dalam pakaian mereka apabila mereka keluar rumah untuk sesuatau hajat mereka. Maka disitulah wanita-wanita beriman yang merdeka mula memakai jilbab agar mereka tidak diganggu oleh lelaki-lelaki yang fasiq.[23]

Al-Imam al-Tabari selanjutnya menjelaskan bahawa sesetengah ahli tafsir pula mengatakan bahawa yang dikehendaki dengan “ jilbab” itu ialah melabuhkan jilbab itu dari atas kepala sampai ke dahi mereka, ini adalah bersandar kepada suatu keterangan lain dari Ibn Abbas . [24]

2- Pendapat ulama’-ulama’ Tafsir yang lain seperti al-Tabari, Ibn Kathir, Abu al-Su’ud,dan al-Jassas: Wanita-wanita muda diperintah menutup muka, rambut dan badan dengan jilbab ketika keluar untuk sesuatu hajat dari dilihat oleh lelaki ajnabi ketika keluar rumah supaya mereka tidak diapa-apakan.[25]

3- Pendapat al-Imam Fakhruddin al-Razi: Di zaman jahiliyyah, perempuan merdeka dan hamba dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan aurat menyebabkan mereka diekori oleh lelaki kerana menyangka mereka sebagai pelacur. Maka Allah memerintahkan supaya mereka memakai jilbab.[26]

Qaul Muktamad Tentang Aurat wanita

Berdasarkan perbandingan mazhab empat dan ulama’ Tafsir dalam hubungan dengan aurat perempuan merdeka, nisbah kepada pandangan lelaki ajnabi.
1- Ittifaq jumhur ulama’ mazhab empat: Mereka mengatakan semua badan , kecuali muka dan kedua tapak tangannya ketika keluar dari rumah, begitu juga dengan pendapat Dr. Abd al-Karim Zaidan[27], dengan syarat aman daripada fitnah. Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib menutup kesemua badan. Bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
2- Ditambah oleh Hanbali dan Syafi’ie berdasarkan riwayat kedua dari mereka, mereka menyatakan semua badan tanpa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau yang paling nyata atau muktamad, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibnu Hajr al-Haythamiyy didalam al-Zawajir, al-Baydawi di dalam tafsirnya, dan lain-lain para ulama’ Shafi’iyyah.[28]

Perkara-perkara yang tidak boleh didedah dan mengaibkan

Larangan menunjukkan perhiasan diri ditujukan khusus kepada perempuan. Islam mengharamkan perempuan mendedahkan perhiasan dirinya seperti tengkok, rambut, telinga dada dan lain-lain lagi melainkan kepada mereka yang tersebut di bawah, antaranya:
1- Suami, bapa mertua, anak kandung, anak tiri, adik beradik dan anak saudara.
2- Kanak-kanak lelaki yang belum ada perasaan terhadap perempuan
3- Orang yang dalam milik iaitu hamba lelaki dan perempuan.
4- Wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka iaitu wanita Islam yang mempunyai sopan santun yang tinggi.

Al-Quran melarang wanita Islam supaya jangan mempamerkan perhiasan diri mereka untuk tontonan lelaki ajnabi kecuali yang zahir daripadanya seperti mana yang telah diterangkan di atas.


Menurut pendapat Ibn Abbas, Mujahid, ‘Ata’,Ibnu ‘Umar, Sa‘id Ibn Jubir, Ibn Mas’ud dan lain-lain menafsirkan ayat tersebut sebagai maksud muka dan kedua-dua tapak tangan atau disebut sebagai perhiasan zahir dikecualikan daripada anggota badan yang wajib ditutup.[29] Perhiasan batin iaitu, telinga, leher, rambut, dada, dua lengan dan betis hanya harus dibuka ketika di rumah atau ketika berada di hadapan keluarga terdekat sahaja.

Pendapat sesetengah orang yang membenarkan wanita mendedahkan aurat dan sebahagian besar anggota badannya kepada umum, agak keterlaluan . Sumber-sumber tafsir dan hadith menyatakan pendedahan aurat itu adalah aksi kaum jahiliyah pada suatu ketika yang lalu dan ditolak oleh Islam.

[1] Abu Fida’ Isma‘il Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-Azim, Jil. 2, Juz 8, hlm. 193, Maktabah al-Manar, Jordan, 1990.
[2] Ibid, hlm. 195
[3] Muhammad Sulayman Al-Asyqar. Nafhatu al-‘Abir min Zubdah al-Tafsir.(1996)hlm.105.Dar al-Salam:Riyadh. Muhammad ‘Ali al-Sabuni, Safwah al-Tafasir (1981),hlm.163, Dar al-Quran al-Karim: Beirut.
[4] Sayyid Qutb, Pertunjuk Sepanjang Jalan, terjemahan Salahuddin Abdullah,hlm.42-43. Al-Ikhwan Enterprise(1979).
[5] Othman H.I., Aurat Dalam Islam, hlm, 11. Pustaka Jiwa: Kuala Lumpur, 1985.
[6] Othman H.I.(1985), Ibid.11-13
[7] Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri, Aiysaru al-Tafasir li Kalam al-‘Ali al-Kabir.(1994), Jil.2, Maktabah al-‘Ulum wa al-Hikam: al-Madinah al-Munawwarah.
[8] Abd al-Karim Zaidan. al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah (1993) Muassasah al-Risalah.
[9] Othman H.I.(1985), op.cit 14
[10] Abu al-Fida’ Ismail Ibn Kathir, op.cit, hlm. 265, Jil.3.
[11]Ahmad Mustafa al-Maraghi (2001), terjemahan Muhammad Talib, hlm.4751, Jil.9, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2001, Othman H.I.(1985), Op.cit., hlm.14
[12] W.Muhammad Bin W.Muhammad, al-Hijab, hlm. 19-20, Pustaka Watan, Kuala Lumpur,1980.
[13] Muhammad ‘Ali al-Sabuni, Tafsir Ayat al-Ahkam (1993), hlm. 144, Jil.2, Dar al-Qalam al-‘Arabi: Halab.
[14] W.Muhammad Bin W.Muhammad(1980) Op.cit.19-20
[15] Mohd ‘Ali al-Sabuni, Tafsir Ayat al-Ahkam (1993), j,2. h.144. Dar al-Qalam al-‘Arabi: Halab,Othman H.I.(1985), op.cit,hlm.17-18
[16] Abu Fida’ Isma‘il Ibnu Kathir, op.cit. hlm. 266,Jil.3.
[17] Al-Maraghiy (2001), op.cit. hlm.4799.-
[18] Abu Fida’ Isma‘il Ibnu Kathir, op.cit. hlm.285.
[19] Dr. ‘Abd al-Aziz Bin Abd Allah al-Humaydi, Tafsir Ibnu ‘Abbas, wa Marwiyyatuhu fi al-Tafsir min Kutub al-Sunnah. Jil.2, hlm.665. Markaz al-Bahath al-‘Ilmi wa Ihya’ al-Turath al-Islami: Makkah al-Mukarramah.
[20] Dr.Wahbah al-Zuhayli (1989), hlm.106, Jil.22.Dar al-Fikr:Beirut- Dar al-Fikr:Damsyik., (terj.)Abdul Ghalib Ahmad Isa,Adab Seorang Muslimah (1990M), hlm.61. Pustaka Syuhada: Kuala Lumpur.
[21] Ibid, hlm. 107, Jil. 22.
[22] Dr. Abdul Hayei, Islam dan Manusia Jil.1. hlm.329, Zebra Edition Sdn Bhd : Kuala Lumpur, 1993.
[23] W.Muhammad Bin W.Muhammad ‘Ali, Op.cit., hlm.17
[24] Muhammad Ibn Jarir al-Tabari, Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayyi al-Qur’an, hlm. 158, Juz.18, cet.3, 1968, Maktabah Mustafa bi al-Misr
[25] Dr.Wahbah al-Zuhayli, op.cit. hlm. 110, Jil ,22.
[26] Othman H.I.(1985), op.cit, hlm.19
[27] Dr.Abd al-Karim Zaidan, Fiqh al-Islam wa Adillatuh, (terj.) Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 419
[28] ‘Abd al-Rahman al-Jaziriyy, Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Juz 1, al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Misr, cet.3 (t.t) hlm. 188-193,dan Juz 5, hlm. 54-55: al-Alusiy, Tafsir Ruh al-Ma’ani, Juz xvii, Dar al-Turath al-“Arabi. Bayrut (t.t) h. 141. Al-Syawkani, Nayl al-Autar, Juz 2, Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabi wa Auladuh, Misr,(t.t) hlm. 68-78.
[29]Abu Muhammad al-Husayn Ibn Mas’ud al-Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil, hlm. 34, Jil.6, .Dar Taybah:Riyadh, 1993.

Siapakah Sisters In Islam ? –Bahagian 3
a) Islam dan Poligami
Berdasarkan ayat 3, Surah al-Nisa’ yang bermaksud : “ Jika kamu takut tidak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan yang baik bagimu; dua,tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja. Yang demikian itu lebih dekat(untuk mencegah)supaya kamu tdak melakukan kezaliman.”

Justeru, SIS menentang sekeras-kerasnya amalan poligami pada masa kini kerana rata-rata suami tidak berlaku adil terhadap istei-isteri dan anak-anaknya. Perkahwinan yang sempurna di dalam Islam ialah monogamy. SIS juga mencadangkan supaya diadakan ta’liq nikah sebagaimana yang telah dilakukan di Syria, Jordan dan Iran. Penambahan tersebut ialah kenyataan tidak berpoligami setelah berkahwin dengan isteri pertama bagi melindungi wanita berkenaan. Pasangan tersebut boleh memilih samada hendak menggugurkan kenyataan tersebut pada masa akan datang atau tidak.



Bilangan isteri lebih dari satu dan hikmahnya.

Menurut Imam Ibn Jarir al-Tabari dalam mentafsirkan ayat 3 surah al-Nisa’ menjelaskan beberapa larangan dan tanggungjawab besar yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada hak-hak perempuan yatim dan wanita.[1] Di sinilah hikmah poligami dan kepentingannya yang perlu dinilai secara positif sebagai alternatif untuk menyelesaikan permasalahan yang ada. Perlu diingatkan kepada golongan lelaki yang ingin berpoligami, perkara ini bukanlah boleh dilaksankan sewenang-wenangnya kerana ia adalah hukum Allah dan ia merupakan persoalan yang akan ditanya di akhirat nanti.

Ternyata kenyataan SIS yang menyatakan perkahwinan paling sempurna ialah monogamy agak emosional dalam membela wanita dengan menggunakan kekuatan hermeneutik(mengkaji konteks sosio-sejarah wahyu Tuhan secara menyeluruh dan ayat-ayat al-Qur’an yang berkenaan, meneliti struktur sintaksis dan gubahan nahu teks dan meneliti keselruhan teks bagi memahami perspektif duniawinya). yang digabungkan dengan hak-hak wanita dalam perkahwinan menurut undang-undang kekeluargaan Islam di Malaysia.

Adapun soal poligami atau berkahwin lebih dari satu isteri sehingga empat isteri dibenarkan oleh syariat Islam, dengan syarat bersikap adil terhadap isteri tampa cenderung kepada salah satu dari mereka.[2] Sungguhpun demikian Islam tidak mewajibkannya atau menggalakkannya atau ‘sunat’. Ia mengandungi muslihat kemasyarakatan dan melindungi wanita dari keganasan. Pengharaman poligami di negeri-negeri Barat telah mengakibatkan berkembangnya perzinaan, pelacuran dan bersekedudukan tanpa nikah di antara lelaki dan perempuan.

Keharusan poligami ini dinyatakan dengan jelas didalam al-Quran, firman Allah:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا(3)

Ertinya: “Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang senangi, dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah ) seorang sahaja”.(Ayat 3, Surah al-Nisa’)

Firman Allah lagi dalam Surah al-Nisa’:
وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا(129)

Ertinya: “ Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung ( kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.(Ayat 129, Surah al-Nisa’)

Perlu dinyatakan bahawa poligami merupakan satu peraturan untuk menghadapi keadaan darurat dan bukannya peraturan pokok dalam ajaran Islam. Apa yang dituntut dalam poligami ialah keadilan dan kesaksamaan yang sulit dilaksanakan. Di samping itu poligami diwujudkan demi menghindarkan akibat buruk yang menimpa bagi perkahwinan dengan seorang isteri sahaja. Umpamanya sebab berlakunya peperangan, kemandulan isteri dan isteri yang selalu sakit yang menghalangi hubungan seks, dan bilanan perempuan jumlah bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki, dan untuk mengerat dan merepatkan kedua keluarga isteri pertama dan kedua dan untuk menanbahkan zuriat dan keturunan. Inilah garisan berpoligami yang dikehendaki oleh ajaran Islam.[3]

Selain dari itu bertujuan untuk membela nasib anak-anak yatim yang kehilangan ayah, lalu mengahwini ibunya dan dijadikan ibunya sebagai isteri, sepertimana yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat di zaman Nabi saw, ataupun didapati seorang perempuan yang memeluk agama Islam, dan tiada tempat pergantungan, serta berkemampuan untuk mengahwini perempuan lebih dari satu dari segi harta, kasih sayang, keadilan, saksama dan sebagainya.[4]

Harus kahwin lebih dari satu tanpa izin dari Qadi

Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu dalam satu masa dan tidak lebih dari empat, berdasarkan nas al-Quran didalam surah al-Nisa’ayat 3 dan juga pendapat ulama’ Tafsir dan Fiqh tanpa khilaf.[5] Ulama’ bersepakat mengatakan boleh berpoligami tanpa meminta persetujuan dari Qadi. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua ulama’, semasa mereka mengadakan muktamar Majma’ al-Buhuth al-Islamaiyyah kali kedua di Kaherah pada tahun (1385 H) bersamaan dengan (1965 M) berkaitan dengan poligami.Mengikut keputusan mereka yang telah ditetapkan ialah seperti berikut:[6]

بشأن تعداد الزوجات، يقرر المؤتمر أن تعدد الزوجات مباح بصريح نصوص القرآن
الكريم وبالقيود الواردة فيه وأن ممارسة هذا الحق متروكة إلى تقدير الزوج، ولايحتاج إلى إذن القاضي"..
Ini adalah berdasarkan Syariat Islam, berbeza dengan apa yang telah diamalkan di Malaysia sekarang, iaitu suami yang ingin berpoligami hendaklah meminta kebenenaran terlebih dahulu dengan isteri pertama. Walau bagaimanapun undang-undang yang diamalkan ini berdasarkan kepada kaedah Usul Fiqh iaitu: ( المصالح العامة maslahah ammah, yang meliputi dua bahagian iaitu :
a) Jalb al-Manafi‘(Membawa manfaat)
b) Dar al-Mafasid (Menolak kerosakan)[7]
Ini penting demi menjaga keharmonian rumah tangga keluarga Islam, terutaman banyak berlaku kes rumahtangga, suami tidak bertanggungjawab, tidak memberi keadilan saksama terhadap isteri-isteri, berlaku perceraian dan sebagainya.

Hak Kemasyarakatan
Tidak dapat disangkal lagi bahawa wanita muslimah kini di tengah-tengah dua kecenderungan dan kekuatan.

Pertama: Kekuatan yang mendorong kepada kebaikan, Sehingga mereka memperjuangkan kebaikan itu serta memerangi kejahatan dan kemungkaran.
Kedua: Ialah yang mendorong wanita keluar daripada identiti kewanitaan demi mengejar apa yang dikatakan ‘kemajuan’ dan ‘kemodenan’ yang dianjurkan oleh Barat. Akhirnya mereka melaksanakan perlakuan dan tindakan yang dimurkai oleh Allah. Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan mengembalikan kedudukan wanita memainkan peranan yang sejajar dan serasi dengan syariah dan cara hidup Islam. Dalam mengembalikan kedudukan wanita Islam ini maka hendaklah dijelaskan aspek-aspek ibadah dan muamalat Islam yang boleh diceburi oleh wanita. misalnya dalam bab bersuci aurat wanita muslimah, hukum perkahwinan, hudud, hinggalah kepada hak-hak berpolitik dan menegakkan syariah Islam. Adapun ciri-ciri yang menonjol dari hak sosial wanita Islam ialah kewajipan mereka berhijab, purdah atau menutup aurat dalam konteks pergaulan mereka di tengah-tengah masyarakat.[8]

[1] Ibn Jarir al-Tabari, op.cit, Jil.3, hlm. 573-582
[2] Jalal al-Din al-Suyuti, al-Durr al-Manthur fi Tafsir bi al-Ma’thur. Jil,2.hlm.428-430. Dar al-Fikr, 1973.
[3] Fadzullah Haji Syuib, Wanita menurut Syariah Islam, hlm,53-54. Penerbitan Saiful Azanis: Kuala Lumpur, 1987.
[4]Dr. Abd al-Karim Zaidan op.cit, hlm.287
[5] lihat Tafsir al-Razi; j,9. hlm.175- Tafsir Ibn Kathir,j.1. hlm.450. – Tafsir al-Qurtubi. J,5. hlm.12-18. – Al-Mughni, j,6.hlm.539.
[6] Dr.Abd al-Karim Zaidan, (1993) op.cit. hlm. 293
[7] Prof.Dr.Amir Syarifuddin, Usul Fiqh, Juz.2, hlm. 208, Logos Wacana Ilmu, Jakarta.
[8] Fadzlullah Haji Syuib, op.cit hlm. 54.


Siapakah Sisters In Islam ? –Bahagian 4


a) Isu Murtad

Adakah patut Malaysia mengadakan undang-undang yang menghukum orang-orang Islam yang meninggalkan agama mereka? Enakmen Hudud Kelantan mengenakan hukuman mati ke atas orang-orang yang murtad. PAS sudah bertahun-tahun mencuba untuk membentangkan di Parlimen supaya orang murtad dihukum mati. SIS tidak bersetuju dengan apa jua usaha yang menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seseorang Muslim berdasarkan ayat 256, Surah al-Baqarah yang bermaksud “ Tidak ada paksaan dalam agama”

Menurut sebab nuzul ayat madaniah di atas ia diturunkan setelah beberapa para sahabat Nabi saw meminta kebenaran untuk memaksa saudara masing-masing memeluk Islam. Sebahagian besar pendapat mentafsir ayat ini bermaksud kita tidak boleh memaksa seseorang pun untuk memeluk Islam. Justeru, kebebasan beragama semestinya mengiktiraf kebebasan menukar agama. Bagaimanakah orang-orang Islam boleh menuntut kebebasan agama untuk mereka yang ingin memeluk Islam sementara pada masa yang sama memegenag pendirian yang menidakkan kebebasan bagi mereka yang ingin keluar dari Islam? Tambahan pula, al-Qur’an dalam kira-kira 20 ayat mengenai keimanan dan kekufuran tidak menguntukkan apa-apa hukuman duniawi bagi keslahana murtad.
Sehubungan itu, SIS menyarankan agar kerajaan mengambil pendirian yang berprinsip yang menghormati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut dalam al-Qur’an seperti yang dicerminkan oleh Fasal 11 Perlembagaan persekutuan dan Fasal 18 Deklarasi Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia.

Kesalahan Murtad Menurut Islam

Ternyata SIS sekali lagi menggunakan ayat yang sama sebagai hujah dalam menentang perlaksanaan hukum bunuh kepada jenayah murtad. Imam Ibn Kathir sememangnya menjelaskan berkaitan ayat tersebut dengan mengatakan tidak boleh memaksa seseorang memeluk Islam kerana hanya Allah yang akan memberikan hidayah kepada seseorang. Bahkan tidak berguna jika seseorang itu masuk Islam kerana terpaksa.[1] Namun demikian ayat ini tidak boleh dijadikan hujah untuk mengiktiraf kebebasan menukar agama sewenang-wenagnya. Dr.Yusuf al-Qaradhawi menyatakan Islam sememangnya menghormati hurriyah al-fikri (kebebasan berfikir) dan bukannya hurriyah al-kufri (kebebasan untuk kufur). Ini adalah kerana seseorang yang murtad telah menyatakan suatu cabaran terbuka kepada Allah bahawa Islam yang Allah telah pilih sebagai agama untuk hambaNya seolah-olah bukanlah agama yang sebenar yang patut ia hidup dan mati bersamanya.[2]

Allah juga melalui prinsip Hifzu al-Din, memerintahkan melalui RasulNya supaya dikenakan hukuman ke atas mereka yang meninggalkan agam Islam secara rela. Dalam sebuah hadith daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sabda Rasulullah saw “ Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia” (Riwayat Bukhari). Selain itu sebuah hadith lain berkenanan hukuman bunuh kepada jenayah murtad ialah “ Tidak halal darah seseorang yang mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya aku Rasul Allah kecuali kerana 3 perkara: Lelaki yang sudah berkahwin yang berzina, nyawa dengan nyawa dan tinggal agama berpisah daripada jemaah Muslim.(Muttafaq ‘Alaih)


Jumhur ulama’ sepakat tentang hukum murtad adalah bunuh. Peristiwa pembunuhan ke atas golongan murtad juga ada dicatatkan di dalam sejarah seperti peristiwa hukum bunuh yang dilaksanakan oleh Abu Musa dan Muaz terhadap Yahudi di Yaman yang memeluk Islam kemudian murtad, selanjutnya Muaz memberitahu orang ramai ini adalah hukum Allah dan RasulNya.


Dr. Abdul Hayei Sukor dalam menyatakan pandangan beliau tentang hukum murtad yang dianggap keras oleh sesetengah pihak dan bertentangan dengan toleransi Islam, beliau menimbulkan persoalan bolehkah dianggap kebebasan yang patut diberi kepada seseorang, jika setelah memeluk Islam, ia tiba-tiba meruntuhkan bangunan Islam, tempat orang ramai berteduh sebelum kedatangannya atau dengan kata lain, apakah kebebasan beragama itu bermaksud bebas keluar masuk, bebas mengganas dan mengancam keselamatan orang lain? Bolehkah dianggap sesuatu kebebasan bagi seseorang yang terang-terang berpihak kepada musuh dan memburukkan negaranya sendiri.[3]

Jika ada orang mengaku beriman kepada Allah, tetapi menolak beriman kepada hari Akhirat, atau percaya kepada Allah tetapi menolak kerasulan Nabi saw, atau ia beriman kepada al-Qur’an tetapi menolak hadith-hadith yang disahkan daripada Rasulullah saw seperti beberapa penulis yang mengaku murtad atau dengan terang-terang menghina Islam, apakah sikap ini dianggap masih setia kepada Islam, apakah mereka masih dianggap jujur dengan Islam sehingga hak-haknya masih terpelihara sebagai seorang muslim?

Justeru, setelah menilai persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Sisters In Islam, maka penulis amat berharap agar suatu penjelasan semula dapat diberikan kepada masyarakat supaya mereka tidak terkeliru dengan golongan-golongan sebegini.

[1] Abu Fida’ Isma‘il Ibn Kathir, op.cit. hlm. 274, Jil. 1.
[2] Hanipa Maidin, Menjawab Tuduhan Terhadap Hukum Hudud, Nufair Street, hlm. 69, 2003.
[3] Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, Islam Dalam Sabda, hlm. 581, al-Amani Publishers, 2003
































Bahaya Islam Liberal

Oleh Abu Hamzah Agus Hasan Bashari

Souce: Forsitek online Al-Bayaan

Pendahuluan

Islam adalah dien al-haq yang diwahyukan oleh Allah ta'ala kepada Rasul-Nya yang terakhir Muhammad :

"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (QS 48:28)

Sebagai rahmat bagi semesta alam

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (QS 21:107)

Dan sebagai satu-satunya agama yang diridhai oleh Allah ta'ala:

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam." (QS 3:19)

Islam adalah agama yang utuh yang mempunyai akar, dimensi, sumber dan pokok-pokok ajarannya sendiri. Siapa yang konsisten dengannya maka ia termasuk Al-Jama'ah atau Firqah Najiyah (kelompok yang selamat) dan yang keluar atau menyimpang darinya maka ia termasuk firqah-firqah yang halikah (kelompok yang binasa).

Diantara firqah halikah adalah firqah Liberaliyah. Liberaliyah adalah sebuah paham yang berkembang di Barat dan memiliki asumsi, teori dan pandangan hidup yang berbeda. Dalam tesisnya yang berjudul “Pemikiran Politik Barat” Ahmad Suhelani, MA menjelaskan prinsip-prinsip pemikiran ini. Pertama, prinsip kebebasan individual. Kedua, prinsip kontrak sosial. Ketiga, prinsip masyarakat pasar bebas. Keempat, meyakini eksistansi Pluralitas Sosio - Kultural dan Politik Masyarakat. (Gado-Gado Islam Liberal; Sabili no 15 Thn IX/81).

Islam dan Liberal adalah dua istilah yang antagonis, saling berhadap-hadapan tidak mungkin bisa bertemu. Namun demikian ada sekelompok orang di Indonesia yang rela menamakan dirinya dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Suatu penamaan yang “pas” dengan orang-orangnya atau pikiran-pikiran dan agendanya. Islam adalah pengakuan bahwa apa yang mereka suarakan adalah haqq tetapi pada hakikatnya suara mereka itu adalab bathil karena liberal tidak sesuai dengan Islam yang diwahyukan dan yang disampaikan oleh Rasul Muhammad , akan tetapi yang mereka suarakan adalah bid'ah yang ditawarkan oleh orang-­orang yang ingkar kepada Muhammad Rasulullah .

Maka dalam makalah ini akan kita uraikan sanad (asal usul) firqah liberal (kelompok Islam Liberal atau Kelompok kajian utan kayu), visi, misi agenda dan bahaya mereka.

Sanad (asal-usul) Firqah Liberal

Islam liberal menurut Charless Kurzman muncul sekitar abad ke-18 dikala kerajaan Turki Utsmani Dinasti Shafawi dan Dinasti Mughal tengah berada digerbang keruntuhan. Pada saat itu tampillah para ulama untuk mengadakan gerakan permurnian, kembali kepada al-Qur'an dan sunnah. Pada saat ini muncullah cikal bakal paham liberal awal melalui Syah Waliyullah (India, 1703-1762), menurutnya Islam harus mengikuti adat lokal suatu tempat sesuai dengan keperluan penduduknya. Hal ini juga terjadi dikalangan Syi'ah. Ada Muhammad Bihbihani (Iran, 1790) mulai berani mendobrak pintu ijtihad dan membukanya lebar-lebar.

Idea ini terus bergulir. Rifa'ah Rafi' al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873) memasukkan unsur-unsur Eropah dalam pendidikan Islam. Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekular kedalam kurikulum pendidikan Islam. (Charless Kurzman: xx-xxiii)

Di India muncul Sir Sayyid Ahmad Khan (1817-18%) yang memujuk kaum muslimin agar mengambil kebijakan bekerjasama dengan penjajah Inggeris. Pada tahun 1877 ia membuka suatu kolej yang kemudian menjadi Universitas Aligarh (1920). Sementara Amir Ali (1879-1928) melalui buku The Spirit of Islam berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal yang dipuja di Inggeris pada masa Ratu Victoria. Amir Ali memandang bahwa Nabi Muhammad adalah Pelopor Agung Rasionalisme. (William Montgomery Waft: 132).

Di Mesir muncullah M. Abduh (1849-1905) yang banyak mengadopsi pemikiran mu'tazilah berusaha menafsirkan Islam dengan cara yang bebas dari pengaruh salaf. Lalu muncul Qasim Amin (1865-1908) kaki tangan Eropa dan pelopor emansipasi wanita, penulis buku Tahrir al-Mar'ah. Lalu muncul Ali Abd. Raziq (1888-1966). Lalu yang mendobrak sistem khilafah, menurutnya Islam tidak memiliki dimensi politik karena Muhammad hanyalah pemimpin agama. Lalu diteruskan oleh Muhammad Khalafullah (1926-1997) yang mengatatan bahwa yang dikehendaki oleh al-Qur'an hanyalah sistem demokrasi tidak yang lain. (Charless: xxi,l8).

Di Al-Jazair muncul Muhammad Arkoun (lahir 1928) yang menetap di Perancis, ia menggagas tafsir al-quran model baru yang didasarkan pada berbagai disiplin Barat seperti dalam lapangan semiotika (ilmu tentang fenomena tanda), antropologi, filsafat dan linguistik. Intinya Ia ingin menelaah Islam berdasarkan ilmu­-ilmu pengetahuan Barat modern. Dan ingin mempersatukan keanekaragaman pemikiran Islam dengan keanekaragaman pemikiran diluar Islam. (Mu'adz, Muhammad Arkoun Anggitan tentang cara-cara tafsir al-Qur'an, Jurnal Salam vol.3 No. 1/2000 hal 100-111; Abd. Rahman al-Zunaidi: 180; Willian M Watt: 143).

Di Pakistan muncul Fazlur Rahman (lahir 1919) yang menetap di Amerika dan menjadi guru besar di Universitas Chicago. Ia menggagas tafsir konstekstual, satu-satunya model tafsir yang adil dan terbaik menurutnya. Ia mengatakan al-Qur'an itu mengandung dua aspek: legal spesifik dan ideal moral, yang dituju oleh al-Qur'an adalah ideal moralnya karena itu ia yang lebih pantas untuk diterapkan. (Fazhul Rahman: 21; William M. Watt: 142-143).

Di Indonesia muncul Nurcholis Madjid (murid dari Fazlur Rahman di Chicago) yang memelopori gerakan firqah liberal bersama dengan Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdurrahman Wahid. (Adiyan Husaini dalam makalah Islam Liberal dan misinya menukil dari Greg Barton, Sabili no. 15: 88). Nurcholis Madjid telah memulai gagasan pembaruannya sejak tahun l970-an. Pada saat itu ia telah menyuarakan pluralisme agama dengan menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh diatas dasar paham kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” (Nurcholis Madjid: 239)

Lalu sekarang muncullah apa yang disebut JIL (Jaringan Islam Liberal) yang mengusung ide-ide Nurcholis Madjid dan para pemikir-pemikir lain yang cocok dengan pikirannya.

Demikian sanad Islam Liberal menurut Hamilton Gibb, William Montgomery Watt, Chanless Kurzman dan lain-lain. Akan tetapi kalau kita urut maka pokok pikiran mereka sebenarnya lebih tua dari itu. Paham mereka yang rasionalis dalam beragama kembali pada guru besar kesesatan yaitu Iblis Ia'natullah ‘alaih. (Ali Ibn Abi aI-'Izz: 395) karena itu JIL bisa diplesetkan dengan “Jalan Iblis Laknat”. Sedang paham sekuleris dalam bermasyarakat dan bernegara berakhir sanadnya pada masyarakat Eropa yang mendobrak tokoh-tokoh gereja yang melahirkan moto Render Unto The Caesar what The Caesar's and to the God what the God's (Serahkan apa yang menjadi hak Kaisar kepada kaisar dan apa yang menjadi hak Tuhan kepada Tuhan). (Muhammad Imarah: 45) Karena itu ada yang mengatakan: “Cak Nur Cuma meminjam pendekatan Kristen yang membidani lahirnya peradaban barat”

Sedangkan paham pluralisme yang mereka agungkan bersambung sanadnya kepada lbn Arabi (468-543 H) yang merekomendasikan keimanan Fir'aun dan mengunggulkannya atas nabi Musa 'alaihis salam (Muhammad Fahd Syaqfah: 229-230)

Misi Firqah Liberal

Misi Firqah Liberal adalah untuk menghadang (tepatnya: menghancurkan) gerakan islam fundamentalis (www.islamlib.com). mereka menulis: “sudah tentu, jika tidak ada upaya-upaya untuk mencegah dominannya pandangan keagamaan yang militan itu, boleh jadi, dalam waktu yang panjang, pandangan-pandangan kelompok keagamaan yang militan ini bisa menjadi dominan. Hal ini jika benar terjadi, akan mempunyai akibat buruk buat usaha memantapkan demokratisasi di Indonesia. Sebab pandangan keagamaan yang militan biasanya menimbulkan ketegangan antara kelompok­-kelompok agama yang ada. Sebut saja antara islam dan Kristn. Pandangan-pandangan kegamaan yang terbuka (inklusif) plural, dan humanis adalah salah satu nilai-nilai pokok yang mendasari suatu kehidupan yang demokratis.”

Yang dimaksud dengan Islam Fundamentalis yang menjadi lawan firqah liberal adalah orang yang memiliki lima ciri-ciri; yaitu:

1) mereka yang digerakkan oleh kebencian yang mendalam terhadap Barat,

2) mereka yang bertekad mengembalikan peradaban Islam masa lalu dengan membangkitkan kembali masa lalu itu

3) mereka yang bertujuan menerapkan syariat Islam

4) mereka yang mempropagandakan bahwa islam adalah agama dan negara,

5) mereka menjadikan masa lalu itu sebagai petunjuk untuk masa depan.

Demikian yang dilontarkan mantan Presiden Amerika Serikat, Richard Nixon (Muhammad Imarah : 75)

Agenda dan Gagasan Firqah Liberal

Dalam tulisan berjudul “Empat Agenda islam Yang Membebaskan; Luthfi Asy­Syaukani, salah seorang penggagas JIL yang juga dosen di Universitas Paramadina Mulya memperkenalkan empat agenda Islam Liberal.

Pertama, agenda politik. Menurutnya urusan negara adalah murni urusan dunia, sistem kerajaan dan parlementer (demokrasi) sama saja.

Kedua, mengangkat kehidupan antara agama. Menurutnya perlu pencarian teologi pluralisme mengingat semakin majemuknya kehidupan bermasyarakat di negeri-negeri Islam.

Ketiga, emansipasi wanita dan

Keempat, kebebasan berpendapat (secara mutlak).

Sementara dari sumber lain kita dapatkan empat agenda mereka adalah
(1) pentingnya konstekstualisasi ijtihad
(2) komitmen terhadap rasionalitas dan pembaruan
(3) penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama-agama
(4) permisahan agama dari partai politik dan adanya posisi non-sektarian negara
(lihat Greg Bertan, Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Pustaka Antara Paramadina 1999: XXI)

Bahaya Firqah Liberal


1. Mereka tidak menyuarakan Islam yang diridhai oleh Allah , tetapi menyuarakan pemikiran-pemikiran yang diridhai oleh Iblis, Barat dan pan Thaghut lainnya

2. Mereka lebih menyukai atribut-atribut fasik dari pada gelar-gelar keimanan karena itu mereka benci kepada kata-kata jihad, sunnah, salaf dan lain-lainnya dan mereka rela menyebut Islamnya dengan Islam Liberal. Allah berfirman: "Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman". (QS. Al-Hujurat 11)

3. Mereka beriman kepada sebagian kandungan al-Qur'an dan meragukan kemudian menolak sebagian yang lain, supaya penolakan mereka terkesan sopan dan ilmiyah mereka menciptakan “jalan baru” dalam menafsir Al-Qur'an. Mereka menyebutnya dengan Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal . Sebagai contoh, Musthofa Mahmud dalam kitabnya al-Tafsir al-Ashri 1i al­ Qur'an menafsiri ayat ( -Faq tho 'u aidiyahumaa- ) dengan “maka putuslah usaha mencuri mereka dengan memberi santunan dan mencukupi kebutuhannya.” (Syeikh Mansyhur Hasan Salman, di Surabaya, Senin 4 Muharram 1423).

Dan tafsir seperti ini juga diikuti juga di Indonesia. Maka pantaslah mengapa Rasulullah bersabda:

"Yang paling saya khawatirkan atas adaalah orang munafik yang pandai bicara. Dia membantah dengan Al-Qur'an."

Orang-orang yang seperti inilah yang merusak agama ini. Mereka mengklaim diri mereka sebagai pembaharu Islam padahal merekalah perusak Islam, mereka mengajak kepada kepada Al-Qur'an padahal merekalah yang mencampakkan Al-Qur'an. Mengapa demikian ? Karena mereka bodoh terhadap sunnah. (Lihat Ahmad Thn Umar al-Mahmashani: 388-389)

4. Mereka menolak paradigma keilmuwan dan syarat-syarat ijtihad yang ada dalam Islam, karena mereka merasa rendah berhadapan dengan budaya barat, maka mereka melihat Islam dengan hati dan otak orang Barat.

5. Mereka tidak mengikuti jalan yang ditempuh oleh Nabi , para sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Bagi mereka pemahaman yang hanya mengandalkan pada ketentuan teks-teks normatif agama serta pada bentuk-bentuk Formalisme Sejarah Islam paling awal adalah kurang memadai dan agama ini akan menjadi agama yang ahistoris dan eksklusif (Syamsul Arifin; Menakar Otentitas Islam LiberaL .Jawa Pos 1-2-2002). Mereka lupa bahwa sikap seperti inilah yang diancam oleh Allah:

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali." ( An-Nisaa' 115).

6. Mereka tidak memiliki ulama dan tidak percaya kepada ilmu ulama. Mereka lebih percaya kepada nafsunya sendiri, sebab mereka mengaku sebagai “pembaharu” bahkan “super pembaharu” yaitu neo modernis. Allah berfirman:

Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi," mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. Apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman," mereka menjawab, "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman." Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu. ( Al-Baqarah 11-13).

7. Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, yaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam. Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahwa Amerika tidak akan rela sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.

8. Mereka memecah belah umat Islam karena gagasan mereka adalah bid'ah dan setiap bid'ah pasti memecah belah.

9. Mereka memiliki basis pendidikan yang banyak melahirkan pemikir-pemikir liberal, memiliki media yang cukup dan jaringan internasional dan dana yang cukup.

10. Mereka tidak memiliki manhaj yang jelas sehingga gagasannya terkesan “asbun” dan asal “comot” Lihat saja buku Charless Kurzman, Rasyid Ridha yang salafi (revivalis) itupun dimasukkan kedalam kelompok liberal, begitu pula Muhammad Nashir (tokoh Masyumi) dan Yusuf Qardhawi (tokoh Ihwan al-Muslimin). Bahayanya adalah mereka tidak bisa diam, padahal diam mereka adalab emas, memang begitu berat jihad menahan lisan. Tidak akan mampu melakukannya kecuali seorang yang mukmin.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengucapkan yang baik atau hendaklah ia diam." (HR. Bukhari dan Muslim)

(Lihat Husain al-Uwaisyah: 9 dan seterusnya).

Ahlul batil selain menghimpun kekuatan untuk memusuhi ahlul haq. Allah berfirman:

"Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka pelindung bagi sebagian yang lain. JIka kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar." (Al-Anfal73).

Sementara itu Ustadz Hartono Ahmad Jaiz menyebut mereka berbahaya sebab mereka itu “sederhana” tidak memiliki landasan keilmuwan yang kuat dan tidak memiliki aqidah yang mapan. (lihat Bahaya Islam Liberal: 40, 64-65)

Maraji':
As Sunnah 04/VI/1423/2002